“Geram Aku..Dia Padam Semua Orang Yang Saya Follow” – Seminggu Senyap, Rupanya Akaun IG Norazah Aziz Digod4m

Aktres popular 1990-an, Norazah Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan semula akses akaun Instagram miliknya yang digod4m minggu lalu.

Menurut Norazah, banyak gambar kenangan yang pernah dimuat naik sebelum ini juga didapati sudah hilang sebaik berjaya mendapatkan semula akaun miliknya itu.

“Berita baik, saya sudah dapat semula Instagram. Digodam, penggod4m dari Turki. Geram aku…dia padam semua orang yang saya follow. Sekarang kena add semula.

“Sebahagian gambar dari Oktober 2019 hingga Mei 2020 juga sudah tiada lagi. Tak apalah, sekurang-kurangnya saya dapat semula Instagram saya,” katanya menerusi satu entri di Instagram miliknya.

Menurut Norazah, biarpun banyak gambar kenangan sudah tiada di akaun @azahmontreal, dia bersyukur kerana mempunyai salinan yang turut dikongsikan di Facebook miliknya sebelum ini.

Katanya lagi, sebelum ini tidak dapat mengakses akaun miliknya itu selama seminggu.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mereka menyangkakan Norazah selama ini hanya mendiamkan diri daripada membuat sebarang posting di Instagram.

“Patutlah lama tak update.

“Welcome back…patutlah tak nampak IG Story.

“Sayangnya, gambar dah kene pada. Alhamdulillah dah dapat balik,” tulis sebahagian pengikutnya di ruangan komen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m backkkk 🙏😍🥰 My IG got hacked for 1 week.. 🤬 🙏 got back but he delete some off my pictures but lucky me I saved it n have it in my FB 😅😍

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on

Akaun Instagram miliknya kini mempunyai 157,000 pengikut.

Terdahulu, beberapa artis tempatan lain juga berdepan insiden sama apabila akaun Instagram mereka cuba digod4m.

Norazah mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy pada 1994.

Hasil perkahwinan itu pasangan tersebut dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 24, Ryan, 17, dan Justin, 15.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah C0v1d-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Geram Aku..Dia Padam Semua Orang Yang Saya Follow” – Seminggu Senyap, Rupanya Akaun IG Norazah Aziz Digod4m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*