PELAKON Janna Nick lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri menerusi syarikat pengurusannya JN Studio & Entertainment.
Janna berkata, selepas hampir lapan tahun, dia yakin mampu bergerak sendiri dan memilih untuk tidak bersama syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment lagi.
“Selepas hampir tiga tahun bersama LOL Entertainment, saya nekad untuk belajar menguruskan kerjaya seni saya sendiri. Pilihan ini dibuat bukan kerana saya ada masalah dengan syarikat pengurusan sebelum ini, tapi sudah tiba masanya untuk bergerak sendiri dan mencari peluang baru.
“Saya percaya JN Studio & Entertainment akan memudahkan urusan apabila saya sendiri yang akan memantau setiap kerja dan tawaran yang datang,” katanya.
Menurut Janna, dia berharap penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada semua pihak yang ingin bekerjasama dengannya.
“Saya ada pekerja yang akan memastikan setiap tawaran dan peluang baru yang datang dikendalikan dengan sebaik mungkin supaya segala proses berjalan lancar.
“Saya sebenarnya seronok dapat menguruskan kerjaya saya sendiri kerana saya boleh mengatur jadual mengikut keinginan saya dan membahagikan masa antara kerja dan peribadi,” katanya.
Terbaru Janna Nick K0ngsi gambar berbasikal tarik perhatian ramai
KOMEN NETIZEN :
Ok ja,, tapi jaga2 koyak kain tu nanti 😂😂😂
Taklepas tu nak kayuh sebab mangga tak bukak 😂😂😂😂
kalau ye pun bukak la dlu mangga tu
Tapi beskal tu terkuncilah kat belakang…macam ne nk sampai kedah😋
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : Instagram Janna Nick
Be the first to comment on "“Jaga2 Koyak Kain Tu” Gara2 K0ngsi Gambar Naik Basikal Buat Ramai Ger4m, Sekali Benda Lain Yg Netizen Nampak"