“Tu dah ada nombor nanti WhatsApp, makcik nak buat menantu” – Bukan saja malu, pemuda jadi ‘bahan’ sepupu… patutlah wanita itu asyik perhati sambil tersenyum!

SIAPA sangka, niatnya yang mahu mengisi masa lapang dengan bekerja di kedai makan rupa-rupanya menarik perhatian pelanggan lain!

Itulah yang berlaku kepada pemuda ini sebagaimana yang dikongsikan di laman Twitter miliknya baru-baru-baru ini.

“Wehh aku kan kerja ambil suhu badan dengan nombor telefon dekat kedai Makteh aku, lepas itu ada makcik ni datang dekat aku dia kata ‘tu dah ada nombor makcik, nanti Whatsapp makcik, makcik nak buat menantu. Hang elok nohh'”, tulisnya pada perkongsian di media sosial tersebut.

Perkongsian tersebut bukan sahaja menjadi tular apabila meraih 9,100 retweet, malah turut dibanjiri dengan komen-komen lucu netizen.

Fakhruddin mengisi masa lapang dengan bekerja di kedai makan milik ibu saudaranya di Serdang, Kedah.

“Ingatkan makcik tu nak mengorat tadi,” tulis seorang netizen.

“Bakal mak mentua dah berkenan senang sikit, onzz je lah,” komen seorang netizen lain pula.

“Tunggi apa lagi, Whatsapp la lekas!,” komen yang lain pula.

Ketika bercerita dengan mStar, pemuda bernama Fakhruddin Mohd Faudzi itu berkata, pada hari berkenaan, dia ditugaskan untuk mengambil suhu dan maklumat pelanggan yang mahu menjamu selera di kedai ibu saudaranya yang terletak di Serdang, Kedah itu.

 

Saya senyum sahajalah sebab malu sangat. Sambil tu, makcik ni sembang sekejap dan beritahu dia dari Perak.

FAKHRUDDIN MOHD FAUDZI

“Ketika itu, ada seorang makcik ni datang singgah makan bersama dua orang, mungkin adik dan anaknya. Selepas suhu badan dan maklumat diambil mereka bertiga berlalu duduk di meja untuk makan.

“Ketika itu, saya perasan juga makcik ni ada perhati dan sering melemparkan senyuman. Saya pun membalas senyumannya, biasalah kena ramah dengan pelanggan.

“Selepas selesai makan, makcik ni datang semula kepada saya dan beritahu untuk menghubunginya menerusi Whatsapp dan mahu jadikan saya menantu.

“Suaranya agak jelas juga sampai sepupu-sepupu lain yang bekerja di kedai Makteh dengar. Saya senyum sahajalah sebab malu sangat. Sambil tu, makcik ni sembang sekejap dan beritahu dia dari Perak,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Gara-gara insiden itu, pemuda berusia 20 tahun ini berkata dia menjadi bahan usikan sepupu-sepupunya dan ahli keluarga yang lain.

Fakhruddin (tiga, kanan) menetap di Putrajaya namun sering pulang ke kampung apabila tiba waktu cuti persekolahan.

“Mereka usik ‘hang famous dah nohhh’. Ini insiden pertama kali saya didekati pelanggan sedemikian. Jadi saja nak kongsi apa yang berlaku itu dengan kawan-kawan yang follow di Twitter tapi tak sangka jadi viral.

“Ramai yang komen lucu sebab terhibur dengan gelagat makcik tu. Ada juga yang komen kata saya hanya mereka-reka cerita. Tapi saya tak ambil hati pun,” ujar pemuda berasal dari Putrajaya ini.

Menurut Fakhruddin, dia sememangnya sering membantu ibu saudaranya yang dipanggil Makteh itu di kedai makan setiap kali pulang ke kampung.

Antara komen netizen yang terhibur dengan perkongsian Fakhruddin.

“Kebetulan selepas selesai peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hujung tahun lalu, saya pulang ke kampung seorang diri. Ini kampung sebelah arw4h ibu.

“Sambil nak tunggu panggilan masuk universiti, saya nak bantu Makteh di kedai makan. Tapi memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai terpaksa ditutup, dan hanya mula dibuka pada 1 Jun lalu,” ujarnya yang menetap di Putrajaya.

Menurut Fakhruddin, kebanyakan pelanggan khususnya dari kawasan luar Serdang gemar menjamu selera di kedai milik ibu saudaranya iaitu Kedai Kakteh kerana ingin menikm4ti hidangan ikan baung.

“Keistimewaan kedai makteh saya, kedai ini menyajikan hidangan sejenis ikan air tawar iaitu ikan baung. Ramai orang luar cari ikan baung bila datang sini.

“Selain itu, kedai ini juga menyajikan pelbagai menu masakan panas yang lain,” ujarnya menutup bicara.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Tu dah ada nombor nanti WhatsApp, makcik nak buat menantu” – Bukan saja malu, pemuda jadi ‘bahan’ sepupu… patutlah wanita itu asyik perhati sambil tersenyum!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*