Penyanyi Nora Ariffin buat pertama kali mendedahkan punca sebenar kem4tian mengejut anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20.
Nora berkata, anak keduanya yang men1nggal pada 15 Disember lalu adalah berikutan faktor genetik.
Selain itu, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu menyifatkan sudah sampai masa ajal buat Alif, sebagaimana yang ditentukan Allah.
“Alif men1nggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagi kerana sudah ketentuan aj4l,” katanya Nora Ariffin
Beliau membuat kenyataan sewaktu majlis perlantikan sebagai duta produk penjagaan wajah Korea, Prettian yang berlangsung di Glam Hall, Petaling Jaya, semalam.
View this post on Instagram
Terdahulu, penyanyi itu mengunci mulut tentang punca kematian anaknya walaupun selepas melalui prosedur bedah s1asat.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia akur dengan ketentuan aj4l yang ditetapkan, seperti juga yang menimpa pemuzik Lok U baru-baru ini.
“Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok U, tiba-tiba baru-baru ini meninggal dunia dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif.
“Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai aj4l akan meninggal juga,” katanya.
Imbas kembali, Nora turut kehilangan suaminya, komposer terkemuka Johan Nawawi yang meninggal pada 24 Mac 2017 kerana ser4ngan j4ntung.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : Ig Nora Ariffin
Be the first to comment on "“Selepas 6 Bulan Pem3rgian Arw4h Alif”, Ini Luahan Nora Buat Ramai Seb4k"