Niat Mahu berkngsi pencapaian hidup di usia muda, Akhirnya Tersvngkur Selepas Dib0ngkar Netizen

Tindakan seorang wanita yang cuba merendah diri berkongsikan pencapaian hidup di usia muda akhirnya tersvngkur- selepas netizen mend4kwa beliau sebenarnya masih mempunyai hutang yang belum dibayar dari perniagaannya sebelum ini.

Terdahulu, wanita tersebut  @RozmizaRozman membuat hantaran di Twitter berkongsikan gambar rumah dan kereta pertama miliknya sambil mengingatkan  netizen agar tidak membandingkan pencapaian hidup mereka dengan orang lain.

Bagaimanapun, niatnya untuk berkongsikan pencapaiannya di usia muda menerima reaksi negatif daripada orang ramai yang membalas perkongsiannya itu.

Bukan sahaja mengatakan tindakannya itu sebenarnya cuba untuk membandingkan pencapaian, namun mereka mendkwa wanita tersebut sebenarnya masih mempunyai masalah hutang dengan pelanggannya sebelum ini yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Wanita tersebut sebelum ini difahamkan pernah terlibat dalam perniagaan pre-order telefon pintar yang didkwa melibatkan jumlah hutang sehingga lebih RM200,000 sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun dikatakan cuba untuk membayar hutang tersebut sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan kepada setiap pelanggan, namun netizen menjelaskan hutang-hutang tersebut masih belum dijelaskan walaupun ada yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.

Akui kesilapan, cuba bayar

Menjawab d4kwaan netizen yang mengatakan dia masih berhutang, beliau akhirnya mengakui perkara tersebut melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebooknya, Mimi Rozmiza Rozman pada malam tadi.

Hutang tersebut menurutnya berlaku setelah dia ditipv sebuah syarikat gajet ketika menjadi ejen sewaktu masih berada di universiti.

“Masa tu bodh, tak pikir langsung. Sekali tertipv.

“Tapi semua untung tu kakak dah refund balik sampai tak tinggal 1 sen pon dekat kakak dan bayar guna hasil titik peluh kakak selama ni bayar RM200 sebulan sehingga RM500 sebulan.

Malah dia juga difahamkan masih menunggu sehingga kini untuk ‘k3s m4hkamah’ berjalan bagi menegakkan keadilan buat mereka dan individu terbabit yang dikatakan bertanggungjawab mengenai perkara itu juga kini cuba mengelakkan daripada dihubungi pihaknya.

“Ada yang cakap gila mimi bayar RM500 sebulan, bukan kau buat pon.

“Its OK, itu urusan DIA dengan orang yang menganiaya. Kakak dekat sini cuma cuba buat yang terbaik,” jelasnya.

Baca penjelasan penuh daripada beliau di sini.

Assalammualaikum.Siapa yang kenal kakak daripada dulu daripada zaman sekolah, zaman study matrik, zaman study degree…

Posted by Mimi Rozmiza Rozman on Sunday, June 14, 2020

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: thevocket

Be the first to comment on "Niat Mahu berkngsi pencapaian hidup di usia muda, Akhirnya Tersvngkur Selepas Dib0ngkar Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*