“Menurut Doktor Terdapat Dua Kantung, Tapi…,” – Dapat Tahu Hamil Minggu Lalu, Nadya Syahera Sifatkan Belum Ada Rezeki Nak Timang Anak Kembar

Suami kepada pelakon, Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi ada memaklumkan isterinya itu mengalami keguguran anak kembar menerusi Instagram pada Isnin.

Tiada rezeki untuk timang permata hati kembar, Nadya seperti yang dipetik Harian Metro pula menjelaskan dirinya disahkan hamil kembar selepas membuat pemeriksaan pertama minggu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. 💛

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Bagaimanapun, doktor memaklumkan kandungannya mengalami masalah.

“Pada awalnya saya tak tahu pun sedang hamil tapi naluri hati saya kuat mengatakan saya sedang berbadan dua. Jadi, saya membuat pemeriksaan menggunakan kit ujian kehamilan.

“Menerusi ujian itu saya didapati positif. Kemudian baru saya pergi membuat pemeriksaan di dua klinik. Kedua-dua doktor memaklumkan usia kandungan yang baru berusia enam minggu itu mengalami masalah.

“Menurut doktor terdapat dua kantung tapi hanya satu saja yang masih ada dan kedudukannya tidak normal. Disebabkan tidak sedap hati saya nekad ke h0spital Pakar Wanita dan Kanak-kanak AVISENA, Shah Alam untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Alhamdulillah, sekitar jam 9.30 pagi tadi saya selesai melalui proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal,” katanya.

Menurutnya lagi, meskipun dia dan suami teruja menantikan cahaya mata kembar itu namun mereka reda dengan ujian yang men1mpa.

“Kehamilan ini amat tidak disangka, tapi apabila dapat tahu hamil anak kembar, kami berdua begitu teruja dan cem4s sebab bukan mudah nak menjaga kandungan. 

“Namun, apabila doktor memaklumkan kandungan kembar saya dalam keadaan tidak stabil, saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Mungkin belum rezeki nak ada ada kembar,” katanya positif.

Terdahulu, bintang drama ini berkahwin pada 25 September 2015.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kadang2 ada je manusia yang cuba uji kesabaran seseorang manusia. Ada juga yang nak cari pasal tanpa sebab yg sahih. Iri hati dengan kebahagiaan orang tak tentu pasal. Create pergaduhan. Apooo? Why perlu perangai macam2 eh? Jalani hidup macam manusia normal boleh tak? Cakap baik2, sebut baik2, fikir baik2 boleh kan? Baru hati tu pun bersih , tak hitam. Ni dah nak masuk tahun baru, boleh lah campak perangai kotor, perangai yg tak indah tu. InsyaAllah hidup lebih ceria gitu. And for me, i harap tahun 2020 ni, takde lagi adegan drama2 yg tak indah dalam hidup i, i sendiri akan cuba clearkan apa yg patut i clearkan dari memory n hati i. Target nak serap #positivevibes je. Yang cuba nak bawa negative vibes, lantokkk mu lah. and last skali, Keluarga akan tetap jadi keutamaan i. Korang apa target utk Tahun 2020 nanti?

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: Harian Metro/MH

Be the first to comment on "“Menurut Doktor Terdapat Dua Kantung, Tapi…,” – Dapat Tahu Hamil Minggu Lalu, Nadya Syahera Sifatkan Belum Ada Rezeki Nak Timang Anak Kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*