Nina Iskandar kr1tik kerajaan hadkan jemaah solat di masjid? – “Saya orang Brunei, tak pernah terbabit politik!”

PELAKON Nina Iskandar terkejut dan bengang apabila mengetahui dia menjadi m4ngsa pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan prov0kasi terhadap kerajaan Malaysia di Facebook.

Tegas Nina atau nama sebenar Nur Akmalina Iskandar, 29, perbuatan berkenaan dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadapnya.

“Ini bukan saya… menggunakan kata-kata kes4t, cakap macam-macam fasal kerajaan Malaysia.

“Saya orang Brunei, saya tak pernah membabitkan diri dalam apa-apa perkara berunsurkan politik kerana saya tahu tak ada tempat untuk itu.

Nina maklumkan mengenai akaun p4lsu itu di laman Instagram miliknya.

“Entah kenapa pihak tidak bertanggungjawab itu kena guna nama saya,” katanya menerusi Instastory.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut berkongsi paparan skrin status yang dimuat naik oleh pengendali akaun berkenaan.

Dia turut menerima beberapa laporan daripada peminat yang memaklumkan mengenai kewujudan akaun p4lsu itu.

Antara status prov0kasi yang dimuat naik pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, Nina meminta pengikutnya membantu melaporkan akaun tersebut kepada pihak Facebook.

Ini kerana dia bimbang jika pemilik akaun berkenaan berterusan melakukan sesuatu diluar kawalan sehingga mencemarkan nama baiknya.

“Saya dah sediakan pautan (link), anda perlu layangkan ke atas (swipe up) dan laporkan akaun ini.

“Tolong laporkan akaun itu sebelum jadi lagi tervk,” ujarnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Nina Iskandar kr1tik kerajaan hadkan jemaah solat di masjid? – “Saya orang Brunei, tak pernah terbabit politik!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*