SELEPAS teruk dikec4m netizen kerana dianggap golongan artis sentiasa mahu menerima layanan istimewa, penyanyi Nourul Wahab tampil menjelaskan mengenai niatnya meluahkan kekecewaan terhadap seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kata Nourul, 41, dia hanya mahu menegur dengan ikhlas agar mutu perkhidmatan pihak terlibat dapat dipertingkatkan.
Niat Menegur
“Lepas kejadian tu, saya rakam video dengan niat menegur. Sebagai seorang penyanyi, saya juga dalam bidang perkhidmatan… jadi saya faham.
“Saya faham mereka mungkin tak ada masa berehat dan emosi pun terganggu,” katanya melalui video yang dikongsi di Instagram.
Video yang dikongsikan Nourul yang mendapat kec4man netizen.
Tambah Nourul, semua pihak termasuk netizen seharusnya berlapang dada dengan teguran dan maksud yang cuba disampaikan menerusi luahannya sebelum ini.
Ujarnya lagi, tanggapan bahawa hanya golongan berstatus tertentu layak menerima layanan baik juga perlu diubah kerana ia adalah hak asasi semua pihak.
“Yang membezakan kita adalah sikap, kesopanan dan bagaimana kita hadapi situasi tersebut. Orang yang tak boleh ditegur ini adalah orang yang tertutup fikirannya.
“Yang silapnya pemikiran orang ramai ni adalah kesopanan tu hanya untuk orang berada, bukan untuk orang yang tak berada… salah tu.
Saya tak cakap semua anggota keselamatan tak okey… ramai yang baik.
NOURUL WAHAB
PENYANYI
“Kita perlu bersopan dan berbuat baik dengan semua orang, bukan hanya VIP mahupun selebriti. Saya tak cakap semua anggota keselamatan tak okey… ramai yang baik,” ujarnya.
Penyanyi Kerana Terlvka ini berkata hanya peminat yang sudah lama mengikuti perkembangannya tahu apa yang selalu disampaikan Nourul di laman sosial.
Selain itu Nourul turut meminta orang ramai yang tidak mengetahui situasi sebenar agar berhenti membuat penilaian tanpa usul periksa.
“Peminat saya yang tahu perangai saya, tahu siapa saya dan apa yang saya selalu sampaikan di media sosial.
Nourul Wahab harap orang ramai tidak memberi komen secara melulu sebelum faham situasi sebenar.
“Yang tak suka tu tak perlu datang kalau dah tak suka, ambil tahu pun buat apa. Kalau tak faham, tak perlu komen… fahamkan dulu,” katanya.
Menerusi laporan mStar pada Ahad, Nourul meluahkan rasa kecewa selepas melalui pengalaman tidak menyenangkan apabila ditenggking oleh seorang anggota keselamatan di KLIA.
Kata penyanyi itu dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan namun berharap agar anggota berkenaan lebih berbudi bahasa ketika menjalankan tugas.
“Rasa tergugatlah tu artis kena tenggking, kalau orang biasa dah biasa dah. Kena tenggking je pun… perasan diri tu bagus sangat.
“Artis tak boleh kena tenggking ke?
“Mesti dia mulakan dulu. Apa dia ingat dia artis dia boleh dapat keistimewaan?” tulis beberapa netizen di ruangan komen.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Nourul Wahab mula bersuara perjelas hal sebenar, Selepas tervk disindlr netizen,"