“Rasa Macam Dalam Ner4ka Bila Keluar Tak Pakai Tudung”

Kembali bertudung sebelum Ramadan lalu, Fathia Latiff mengakui hidupnya kusut dan tidak tenang selepas memutuskan untuk tidak lagi berhijab tahun lalu. Bagaimanapun, Fathia berkata dia kini melalui fasa pencarian diri semula.

Ujarnya, keputusannya untuk tidak berhijab membuatkan hatinya tidak tenang dan trauma. Malah, dia berdepan ketakvtan yang tiada orang fahami. Katanya lagi, apa yang dilaluinya itu bukan dalam mimpi tetapi ketika sedar.

“Saya tr4uma! Hari-hari tak tenang, rasa seperti hidup dalam neraka bila keluar tak pakai tudung. Rasa macam semua orang nak Bvnuhsaya!

“Kadang-kadang ketakutan itu jadi ekstrim sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takvt.

“Bila cerita pada orang lain semua tak faham. Sampaikan ada masa menangis seorang diri. Macam nak k1amat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun,” katanya kepada Astro Gempak.

Akui insaf dengan apa yang dilaluinya itu, Fathia berkata sehinggakan satu masa dia pernah melulut di hadapan ibunya untuk memohon keampunan.

“Siapa saya nak lawan takdir Allah? Memang kenalah padahnya. Setiap kali balik rumah saya akan melutut depan ibu saya minta maaf. Situasi itu buatkan saya betul-betul insaf,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Kongsi Fathia lagi, hijrah keduanya itu membuka perspektif baharu dalam hidupnya, malah dia sentiasa memohon agar Allah menetapkan imannya agar tidak berbalik-balik lagi.

“Kalau boleh saya nak istiqamah kali ini, semoga Allah tetapkan iman saya dan tak bolak-balikkan hati saya.

“Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar? Dan pada waktu itu perlahan-lahan saya muhasabah diri, berfikir sedalam-dalamnya,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "“Rasa Macam Dalam Ner4ka Bila Keluar Tak Pakai Tudung”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*