[VIDEO] Lepas Jadi Youtuber, Sugu Pavithra Pindah Rumah Baru

Nama Youtuber Sugu Pavithra semakin meningkat naik dari hari ke hari. Kepelbagaian resepi masakan yang dikongsikan oleh Sugu Pavithra serta kepetahannya berbicara dalam Bahasa Melayu telah menarik minat orang ramai untuk menonton videonya terutama bagi golongan wanita.

Terbaru, Sugu Pavithra menerusi Youtubenya ada berkongsi satu video yang memaparkan dia sekeluarga sedang mencuci rumah baru mereka.

Pindah rumah baru

Memang tidak dapat dinafikan, peningkatan jumlah pengikut dan ‘viewers’ yang tinggi di Youtube telah membuatkan Sugu Pavithra dan suaminya berjaya meraih pendapatan daripada Google.

Menerusi video tersebut memaparkan Sugu Pavithra bersama suami berkongsi berita gembira apabila mereka bakal berpindah ke rumah baru yang terletak di Pekan Sungai Siput, Perak. Video yang dimuatnaik itu telah mendapat sebanyak 328k viewers dalam tempoh 19 jam sahaja.

Jika dilihat daripada video berkenaan, rumah baru pasangan ini kelihatan lebih besar berbanding rumah sebelum ini. Selain Sugu Pavithra dan suami, ahli keluarga yang lain termasuk kakak iparnya turut membantu membersihkan rumah berkenaan.

Bawa barang dari rumah lama

Dalam video yang lain juga memaparkan Pavithra sekeluarga sedang mengemas barang-barang di rumah lama mereka dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dibawa ke rumah baru.

Setibanya di rumah baru, kelihatan Pavithra bersama suami sedang menyusun atur barang-barang keperluan seperti meja makan, peti ais, rak pinggan mangkuk dan sebagainya.Tambah Pavithra lagi, orang ramai tak perlu risau mengenai kebun di rumah lamanya kerana semua sayur-sayuran yang ditanam di situ telah dipindahkan ke rumah ibunya.

Sumber: Sugu Pavithra

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "[VIDEO] Lepas Jadi Youtuber, Sugu Pavithra Pindah Rumah Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*