“Masih Terlalu Awal Untuk Kami…,” – Fizo Omar Beri Respon Panggilan ‘Life Partner’ Di Kapsyen IG Azar Azmi

Pelakon Fizo Omar menyifatkan hubungannya dengan rakan artis, Azar Azmi hanyalah sekadar ramai baik dan masih belum ada membabitkan sebarang perasaan.

Bintang asal Kelantan itu berkata demikian menerusi Harian Metro sebagai mengulas tindakan pelakon Nur 2 itu yang menggunakan panggilan ‘life partner’ menerusi salah satu kapsyen yang dibuat di Instagramnya, baru-baru ini ketika sama-sama menyertai satu aktiviti sukan lasak.

Lalu foto yang dirakam bersama Fizo itu seterusnya menimbulkan tanda tanya ramai mengenai hubungan kedua-dua mereka.

Pada masa sama, duda anak satu itu turut menganggap panggilan itu sebagai teman yang berkongsi minat sama.

“Jawapan saya masih lagi sama seperti sebelum ini. Kami berkawan baik, namun belum ada membabitkan sebarang perasaan antara kami.

“Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Azar dengan panggilan ‘life partner’ atau teman hidup itu adalah untuk menggambarkan kami yang berkongsi minat sama,” katanya seperti yang dipetik.

Menurutnya lagi, finalis Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa itu meluahkan hasrat untuk mencuba melakukan aktiviti motosikal lasak bagi merasai sendiri pengalaman aktiviti terbabit.

“Dia mahu cuba sertai aktiviti motosikal lasak sebab sudah lama teringin. Jadi, saya bawalah. Kami dapat lakukan aktiviti yang diminati, sekali gus dia pun mula suka,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Welcome to the club mek ja @azarazmi dah officially join geng selut.. . Respect r, 1st time bawa motocross n terus sampai ke Kerling more than 100km trail offroad! . Korang nak tahu tak berapa kali dia makan selut…hahhhhaha.. . Azar azmi is officially BARAI!!!! Hahahhahaha. . Keluar je trail tadi terus nak ajak g kedai nak beli @sherco_racing_factory . . Esok kita g @ftwracing g usha model 2020 dah sampai tu…#braap

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Fizo bagaimanapun menghargai komen positif daripada warganet di ruangan komen foto itu.

“Saya hargai semua komen positif daripada warganet. Saya harap, semua orang dapat mendoakan yang baik-baik.

“Apa pun, masih terlalu awal untuk kami menjalinkan hubungan lebih daripada kawan baik,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Im blessed Allah temukan mek ja dengan orang yang baik-baik, i would LOVE to thank YOU to every each one of them in this photos. Thank you jaga mek ja dari mula sampai akhir @mecanicagarage . Thank you for always give a moral support to me @ftwracing . Thank you for the guide and the guidance @sherco_racing_factory . Thank you for the thrill. Thank you for the lesson and learning process my sifu @acoi_pangkolo @ay41man kak @rrainnnbowww , @lyn.shaare , abg mi, daddy, Lala, @imzack74 abe joe. Thank you for the experience. . Thank you to my life partner… dia cakap mek ja bsiap nak g pavi ye???? yang kuat bahan kuat sakat kuat menyakitkan hati kuat gelakkan mek ja kuat bagi semangat jugak and always make sure all the gears up in position @fizoomar . Yang korang nampak indah, yang tak indah? Nanti mek ja kasi up slow2 sebelum geng2 #happyhappybenci #pendakapleherkucing bukak cerita… biar mek ja yang up dulu… hahahahaaa #untilljahanam ni bukan #untilljannah 😂🤣😘 #kautungguakudatang #donthatespreadlove . . . The best sticker printing @pristine_imprint Always care @snowybyazarazmi Lapar? @thecookiegraphy

A post shared by ABOS (@azarazmi) on

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: Harian Metro/MH

Be the first to comment on "“Masih Terlalu Awal Untuk Kami…,” – Fizo Omar Beri Respon Panggilan ‘Life Partner’ Di Kapsyen IG Azar Azmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*