“Boleh Makan Masakan Yang Disediakan Oleh Bukan Islam, Yang Penting…” – Ini Penjelasan PU Azman

Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan bahawa tiada masalah bagi seseorang Muslim menikmati juadah masakan yang disediakan oleh orang bukan Islam.
 
Begitupun katanya, apa yang penting, masakan itu datangnya daripada sumber yang halal dan disediakan dengan cara yang bersih.
 
“Boleh makan makanan atau masakan yang disediakan oleh bukan Islam. Yang penting bersih sepanjang penyediaan dan masakan serta halal sumbernya.
 
“Kau buka surah al-Baqarah ayat 168. Kau hadamkan lepas main game tu. Kalau makanan yang melibatkan haiwan, hendaklah haiwan halal dan disembelih oleh Muslim. Tak kira laki, perempuan, kecik, besar, Fizi atau Mail yang penting mumayyiz.
 
“Kalau makanan seperti sayuran atau roti, pastikan bersih. Sayur tu tak payah sembelih,” tulisnya dalam satu entri di Instagram ketika menjawab kekeliruan yang mungkin berlaku dalam kalangan masyarakat.
 
Katanya lagi, status halal sesuatu makanan itu bukanlah dilihat daripada individu yang menyediakan masakan tersebut.
 

“Kayu ukurnya ialah keadaan dan cara makanan itu diperoleh, bukan siapa yang memasak.
 
“Adakah kalau Muslim masak b4bi, b4bi jadi halal? Adakah kalau bukan muslim masak lembu yang disemb3lih secara syarie oleh Haji Fizi, lembu tu jadi har4m. Korang hadamkan kapsyen Cik Man,” pintanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Boleh makan makanan atau masakan yang disediakan oleh bukan Islam. Yang penting bersih sepanjang penyediaan dan masakan serta halal sumbernya. kau bukak surah al baqarah ayat 168. kau hadamkan lepas main game tu. . Kalau makanan yang melibatkan haiwan, hendaklah haiwan halal dan disembelih oleh Muslim. Tak kira laki perempuan kecik besar fizi atau mail yang penting mumayyiz. . Kalau makanan seperti sayuran atau roti, pastikan bersih. Sayur tu tak payah sembelih. . Kalau korang tanya cik man soalan, “napa nak cari makanan orang bukan islam masak, kan ramai orang islam masak?”. Cik Man jawab : “aku bukan cakap pasal nak pilih mana satu lebih utama, aku tengah bincang boleh ke tidak nak makan makanan yang disediakan oleh bukan islam”. . Jangan lari fokus topik dan isu. kadang-kadang, penyediaan bukan islam lebih bersih dari yang muslim yang segelintirnya tak jaga kebersihan. . hidup Puan Sugu! (tak kenal pi google sendiri) . tiberrr.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

Bahkan, katanya lagi, ada orang bukan Islam menyediakan makanan jauh lebih bersih daripada orang Muslim.
 

“Kadang-kadang, penyediaan bukan Islam lebih bersih daripada yang Muslim yang segelintirnya tak menjaga kebersihan. Hidup Puan Sugu! (Sugu Pavithra, Youtuber popular masakan),” tulisnya.
 
Perkongsian PU Azman itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
 
“Terbaik jawapan jelas untuk manusia 2020, Terima kasih Cik Man.
 
“Suka dengar dan hadam penerangan ustaz. Mudah dan sempoi, terbaik ustaz, terima kasih,” komen sebahagian pengikutnya.
 
PU Azman antara pendakwah yang sering menjawab persoalan-persoalan netizen mengenai hukum agama dengan cara yang sempoi di Instagram miliknya.
 
Saksikan program yang menampilkan PU Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
 
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Boleh Makan Masakan Yang Disediakan Oleh Bukan Islam, Yang Penting…” – Ini Penjelasan PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*