“Muka Macam Tak Sihat Jer..” Man Raja Lawak K0ngsi Gambar Dgn Awek Buat Netizen Terkeejut

PELAWAK Man Raja Lawak ,43, berpuas hati kerana dapat menurunkan berat badannya dari 98 kilogram kepada 68 kilogram sekarang.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim berkata, dia hanya mengambil minuman kesihatan berperisa koko sejak tiga bulan lalu selain mengamalkan pemakanan sihat.

“Tak sangka pula minuman kesihatan itu berkesan dan sesuai dengan badan saya. Hanya cuba-cuba minum sahaja untuk mendapatkan hasilnya.

“Selama tiga bulan minum, kini nampak hasilnya. Alhamdulillah, saya sudah kurus berbanding bertubuh gemp4l sebelum ini sejak bertahun-tahun lama.

“Bukan tak pernah cuba produk kurus lain sebelum ini, tapi tidak serasi dan sesuai dengan saya agaknya kerana tidak membawa kesan perubahan berat badan,” katanya.

Menurut Man, lebih menggembirakannya lagi apabila ukuran pinggang juga berubah dari 40 inci sebelum ini kepada 32 ini.

“Ukur lilit pinggang saya sudah kurang lapan inci. Saya juga sudah boleh pakai baju bersaiz M. Sebelum ini saya pakai saiz XXL.

“Selain itu, saya juga sudah lama tak ambil langsung minuman manis dan bergula. Kini, teh tarik pun saya dah nampak macam air longkang. Tak ada keinginan nak minum seperti dulu,” katanya.

Menurut Man, dia juga kini kurang mengambil nasi tetapi masih bertenaga ketika bekerja kerana masih mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat yang lain.

Bercerita mengenai kerjayanya, Man berkata, dia akan terbabit dengan dua program TV yang mana salah satunya adalah penggambaran sitkom bulan ini.

Katanya, dia sudah bersedia untuk kembali bekerja di lokasi dengan memastikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan berikutan pandemik Cov1id-19 belum pulih.

Man Raja Lawak kongsi gambar bersama awek tarik perhatian netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Agak2 kowang ape yg abg cakap sampai awek tu terpegun??

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

KOMEN NETIZEN :

Muka mcm x sihat jer

Awek tu kata..Wow dah cengkung…Ke3ncing manis ke man? 🤭😬

“kau p0ndan” Tu yg abg man ckp

Wow ben amir..hahahah abg @manrajalawak ..terbaik

bila man dah kurus, dia nampak kelakar taj

Awek tu trkejut…man kurus yg amat

ehhh…abg man @manrajalawak ke nie..nmpk lain dh skrg😄

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : IG Man Raja Lawak

Be the first to comment on "“Muka Macam Tak Sihat Jer..” Man Raja Lawak K0ngsi Gambar Dgn Awek Buat Netizen Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*