Baru-baru ini sebuah foto lama yang mempamerkan beberapa gadis muda dari zaman 60-an tular di media sosial.
Teaçhers registration somewhere 1960's at Malacca Malay Women Training College or now also known as Maktab Perempuan Melayu Melaka.
Kredit to John Ang & Ku Shazrul Ku Saidin. pic.twitter.com/OALKdYvQ2Q
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) June 9, 2020
Foto yang diambil di Maktab Perguruan Melayu Melaka itu pada asalnya berwarna hitam putih dan telah diwarnakan, sekali gus mencvri perhatian ramai.
Apa tidaknya, guru-guru muda tersebut kelihatan sungguh bergaya dan ‘hot‘ dengan baju kebaya nyonya mereka.
Ekoran daripada gambar yang tersebar, seorang wartawan mengambil kesempatan untuk menghubungi ahli keluarga salah seorang gadis 60-an di dalam gambar itu untuk bertanyakan khabarnya.
Lama duk cari siapa Zainoriah vogue kebabom pakai kebaya nyonya sambil kekwat jinjit beg tu. Akhirnya kita ketemu juga!!!
Paling best bila Datin Zainoriah share cerita di sebalik gambar yg viral tu! MEGA!!!! https://t.co/IJBXGlmKrz
— Abe Nik (@Khairul_Hassan) June 16, 2020
Dia akhirnya berjaya mendapatkan perkongsian kenangan lama dari Datin Zainoriah yang kini berusia 79 tahun dan menetap di Kuala Lumpur.
Menurut guru pencen itu, foto tersebut diambil 60 tahun lalu ketika dia berusia 19 tahun. Pada waktu itu dia dan rakan-rakannya sedang menunggu bas untuk balik bercuti sempena Hari Raya Haji.
Bertanya tentang penampilan guru-guru zaman dahulu yang sangat berbeza dengan cikgu zaman sekarang, Datin Zainoriah berkata pada zamannya wanita dapat menjaga makan kerana tidak banyak makanan segera seperti sekarang.
Selain itu juga kebiasaan mengenakan kebaya juga tidak menimbulkan 1su pakaian cikgu s3ksi, jadi mereka lebih yakin untuk berfesyen.
Ini antara soalan2 abe utk Cikgu Zainoriah… pic.twitter.com/WnypeaVSpK
— Abe Nik (@Khairul_Hassan) June 16, 2020
Namun dia mengakui walaupun tidak salah untuk guru-guru zaman sekarang berkebaya, mereka perlu pandai mengikut norma semasa, lebih-lebih lagi kerana kini sudah banyak guru yang bertudung.
Datin Zainoriah juga sempat memberikan pendapat tentang pembelajaran secara digital zaman sekarang, yang mana dia melihat perkara itu dapat menarik pelajar untuk memberi perhatian kepada pelajaran.
Menariknya, walaupun soalan yang diberikan kepadanya dalam bentuk digital, Datin Zainoriah masih selesa dengan cara pendidik tradisional menulis jawapannya dia atas kertas.
Ikuti juga kisah-kisah menarik berkaitan kenangan tahun 60-an di bawah ini.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Gambar Cikgu Tahun 60-an Tular,- “Tidak Ada 1su Pakaian Cikgu S3ksi…”"