DJ Lin tak tidur malam demi siapkan tempahan sambal kicap – “Saya jual murah kerana niat untuk bersedekah”

MESKIPUN berasa penat dan tidak cukup tidur, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin tetap gigih menyiapkan tempahan sambal kicap untuk dijual kepada peminatnya secara dalam talian.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 45, berkata dia tidak memikirkan soal keuntungan kerana maklum balas positif yang diterima memberikan satu kepuasan buatnya.

“Peminat pun ada DM bertanyakan keadaan saya macam mana. Penat memang penat, tapi saya teruja sebab dapat kongsi resepi kegemaran saya kepada peminat dan mereka dapat rasa air tangan saya.

Antara maklum balas positif daripada peminat DJ Lin.

“Sebenarnya hilang penat bila peminat repeat order walaupun baru sahaja beli. Saya tak fikir langsung tentang keuntungan walaupun saya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

“Bagi saya, apa yang saya masak dan jual perlu berkualiti. Dapat maklum balas positif peminat beri satu kepuasan kepada saya.

“Saya ada survey dan mengambil keputusan untuk jual murah dari harga pasaran dengan niat untuk bersedekah. Ini salah satu cara untuk saya cari saham akhirat,” kata DJ Lin kepada mStar.

 

Sejak mula berniaga minggu lalu, saya hanya tidur untuk beberapa jam sahaja.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Peminat mula meminta DJ Lin menjual sambal kicap hasil air tangannya sendiri selepas melihat pengendali segmen Suria Cinta itu kerap berkongsi makan masakannya di laman sosial.

Selepas menerima banyak permintaan, akhirnya Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) itu mengambil keputusan menjual sambal kicapnya sejak minggu lalu.

Dalam pada itu, DJ Lin memberitahu ramai peminat yang bimbang melihat keadaannya tidak mempunyai masa berehat memandangkan sebelum ini dia pernah jatuh s4kitakib4t terlalu penat.

DJ Lin tidak fikirkan soal keuntungan asalkan peminat gembira.

“Memang ramai peminat nak risau dengan keadaan saya memandangkan sebelum ini sudah beberapa kali saya dimasukkan ke h0spital gara-gara kerja kuat.

“Sejak mula berniaga minggu lalu, saya hanya tidur untuk beberapa jam sahaja. Selalunya, balik dari bersiaran di radio, saya akan terus masak sambal kicap sehingga ada ketika sampai waktu subuh untuk menyiapkan semua.

“Tapi demi peminat, saya sanggup. Saya memang orang yang susah sangat nak tolak permintaan peminat. Menjual sambal kicap ini pun atas permintaan mereka,” ujarnya.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "DJ Lin tak tidur malam demi siapkan tempahan sambal kicap – “Saya jual murah kerana niat untuk bersedekah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*