Dr Sheikh Muszaphar Gembira, Bakal Timang Anak Kembar Lagi! Ini Yang Dia Lakukan Pada Isteri Buat Ramai Terkejut

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang sepasang lagi anak kembar.

Berita gembira itu dikongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya, lewat petang Khamis.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini ham1il 13 minggu.

“Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat.

“Dr Halina kini hami1l 13 minggu dengan kembar,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar mempunyai anak kembar lelaki, Sheikh Adam (kiri) dan Sheikh Noah (kanan). Foto instagram drsheikhmuszaphar

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata.

“Ia seperti Deja vu sekali lagi.

“Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, ham1il anak kembar adalah berisiko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendar4han berganda seperti yang pernah dialami isteri.

“Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pes4kit Cov1id-19,” katanya.

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau.

Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, pengorb4nan isterinya sememangnya berhak disanjung.

“Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha,” ujarnya secara berselor0h.

Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Dr Sheikh Muszaphar Gembira, Bakal Timang Anak Kembar Lagi! Ini Yang Dia Lakukan Pada Isteri Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*