Ika Nabella Mohon Maaf Secara Terbuka – “Tiada Niat Melainkan…”

Pelakon Ika Nabella akui runsing seandainya pernah mengguris hati mana-mana pihak selama kewujudannya di media sosial.

Menurut Ika, selepas meluahkan kerisauan itu kepada suaminya, dia dinasihati untuk memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.

“Saya terfikir, sepanjang saya di media sosial, ada ke saya tersakitkan hati orang? Tanpa sengaja tersinggungkan perasaan sesiapa, macam mana saya nak minta maaf kalau saya tak sedar?

“Saya tanya suami, dia suruh saya minta maaf secara terbuka, tetapi sebelum minta maaf, saya kena maafkan orang yang buat saya tersinggung dahulu, bukan susah pun.

“Jadi, saya nak memohon sepuluh jari minta ampun dan maaf andai sebarang posting saya selama ini buat sesiapa di antara anda yang tersinggung atau rasa tak selesa,” tulis Ika di Instagram.

Dalam pada itu, Ika juga menjelaskan semua perkongsiannya di media sosial hanyalah untuk berkongsi buah fikiran semata-mata.

“Tiada niat melainkan cuma berkongsi buah fikiran, saya pun maafkan korang juga okay?” tambahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Ika meninggalkan respon positif, tidak kurang juga yang memuji kecantikannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good Morning! Semoga yg paling baik utk kita semua.. Fizikal, mental & paling penting hati yg baik.. Semalam sebelum tidur, I terfikir.. Sepanjang I kt socmed ni, Ada ke aku ni tersakit kan hati orang? Tanpa sengaja tersinggungkan perasaan sesiapa..Mcm mana aku nk minta maaf kalau aku tak tahu atau tak sedar? I tanya husband I. Dia suruh I minta maaf secara terbuka but before minta maaf, I kena maafkan orang yg buat I tersinggung dulu. Bukan susah pun. Hmmmm betul jugak. So pagi ni. Ika nak memohon sepuluh jari minta ampun & maaf andai sebarang posting Ika selama ini buat any of you feel insecured, offended, annoyed or anything negative towards me & my family. Tiada niat melainkan cuma berkongsi buah fikiran. Ika pun maafkan korang jugak ok? YES 3 or 4 of you ada buat Ika rasa hmm tak best. Like.. “Why you stalk but never like my posts” 😛 “Kenapa dekat DM you friendly kt comment mcm tak kenal” 🤪 “Why are you copying my idea, A-Z !” 😅 “Am I benefited enough?” 😬 Sometimes I even asked my self. Am I really makin friends on social media? bersilaturahim hingga ke real life or kt socmed je kenalan, luar tak. Confused but it’s ok. Its not important pun how I feel! Sekarang 0-0 ok? May Allah clean our hearts 🤍 @innateofficialhq

A post shared by meet – I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

Terdahulu, Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober lalu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Ika Nabella Mohon Maaf Secara Terbuka – “Tiada Niat Melainkan…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*