Sugu Pavithra Perjelas Bila Did4kwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan

YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra menafikan d4kwaan pihaknya menetapkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam seperti yang did4kwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, menurut M. Sugu, 29, dia dan isterinya, S. Pavithra, 28, sebolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen.

“Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.

“Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.

“Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Sugu lagi, dia dan isteri hanya merancang untuk memberikan fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra sahaja selepas ini.

“Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.

“Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pengendali program di sebuah stesen televisyen mend4kwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan Ind1ia ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.

Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1ID-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Sugu Pavithra Perjelas Bila Did4kwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*