Dua bulan tak ada gaji, bisnes sewa dulang mer0sot dek tempias Cov1d-19… wanita berjinak jual nugget frozen tak sangka kuasa viral Twitter – “Penat, malas, tak pandai semua kena ketepikan” – Viral | mStar

PENULARAN w4bak C0v1d-19 cukup memberi kesan mendalam dalam diri setiap individu.

Kesan paling ketara adalah sebahagian besarnya kehilangan pekerjaan sewaktu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekaligus menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas tervk.

Situasi ini menyebabkan rata-ratanya terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan, antaranya mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Tidak terkecuali bagi wanita ini yang turut merasa tempias bahana C0v1d-19.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Atikah Zamani berkata sama seperti kebanyakan pasangan yang lain, dia bersama suami juga pada tidak terlepas berdepan dengan saat buntu dan panik kerana terpaksa melalui tempoh sukar selama beberapa bulan.

Nurul Atikah menjual nugget frozen sejak PKP bagi menjana sumber pendapatan yang terjejas gara-gara w4bak C0v1d-19.

“Saya seorang suri rumah namun mengusahakan perniagaan kecil-kecilan iaitu menyediakan perkhidmatan sewaan dulang hantaran. Tapi perniagaan ini terjejas apabila tempoh PKP.

“Suami pula sub-kontraktor dalam pemasangan internet di mana ia berdasarkan ‘order’. Tapi masa PKP, mereka tak boleh pergi ke rumah pelanggan.

“Dipendekkan cerita, situasi ini menyebabkan kami dua bulan tiada sumber mata pencarian. Nak kata terduduk tu tidak, tapi panik kerana bimbang situasi pandemik berlanjutan sehingga makan masa berbulan-bulan,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.

Selain berdepan dengan 1su kewangan, wanita yang senang disapa Ika ini berkata mereka suami isteri turut berdepan dengan ujian lain.

“Saya mengalami kegugvran pada Mei lalu dan ia merupakan kegugvran kali kedua. Namun ujian itu membuatkan saya bangkit dan berfikiran positif.

“Mungkin ada hikmahnya apabila sesuatu terjadi. Ketika kami survive dengan menggunakan wang simpanan yang sudah diasingkan untuk tujuan kecemasan, kawan saya yang berniaga makanan ni ada buat nugget tempura sejuk beku.

Nugget frozen jualan Nurul Atikah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak postingnya viral di Twitter.

“Jadi saya cuba jadi pengedar nugget tersebut. Mula-mula ambil order untuk jiran-jiran terdekat saja. Tapi tak sangka apabila post di Twitter, ramai retweet dan dapat sambutan yang sangat menggalakkan,” kata ibu muda kepada seorang cahaya mata ini.

Tambah Nurul Atikah, sejak posting tersebut viral, dia tidak menang tangan menerima pesanan malah ada yang sanggup datang dari jauh dan mengambil sendiri (self-pickup) di rumahnya di Sungai Ramal Dalam di Kajang.

Selain menambah punca pendapatan, wanita ini berkata secara tidak langsung dia juga mahu membantu usahawan prosuk Muslim dengan menjadi pengedar produk makanan mereka.

 

Kami pernah tiga bulan tak ada pendapatan… ketika itu saya sedang berpantang anak sulung, dan suami pula ada masalah di syarikat tempatnya. Kami sampai terpaksa pinjam wang untuk teruskan kehidupan.

NURUL ATIKAH ZAMANI

PENGEDAR NUGGET FROZEN

Menyentuh mengenai perniagaan kecil-kecilannya secara lebih lanjut, Nurul Atikah berkata dia sebenarnya sudah dibiasakan dengan budaya ‘berniaga’ sejak kecil oleh bapanya.

“Ayah ajar saya berniaga sejak dari darjah dua. Ketika itu ayah buat mini roti john dan saya jual pula kepada kawan-kawan. Ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, saya berniaga pula biskut-biskut.

“Selepas menamatkan pengajian, saya bekerja sebagai seorang kerani akaun. Namun kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perkhidmatan sewaan dulang hantaran sejak berkahwin, lima tahun lalu.

“Ia mendapat sambutan tapi pasti ada pasang surutnya… contohnya masa PKP. Namun apa yang saya amalkan, bisnes tetap kena ada back-up walaupun ia kecil-kecilan… sebagai bekas kerani akaun, saya pelajari inilah perkara yang kena ada,” ujarnya.

Nurul Atikah turut menjalankan perkhidmatan sewa dulang hantaran namun ia sedikit terjejas ketika PKP.

Menurut wanita ini lagi, simpanan atau back-up inilah yang menjadi ‘pelampung’ di kala situasi sukar yang dilalui sewaktu PKP tempoh hari.

“Memang saya dan suami, kami akan spare wang gaji untuk tujuan kecemasan. Semua ini kami belajar dari pengalaman lalu.

“Kami pernah tiga bulan tak ada pendapatan… ketika itu saya sedang berpantang anak sulung, dan suami pula ada masalah di syarikat tempatnya. Kami sampai terpaksa pinjam wang untuk teruskan kehidupan.

“Sejak dari itu, kami spare wang untuk tujuan kecemasan. Mujurlah situasi C0v1d-19 tak berlanjutan… namun tak dinafikan juga, PKP buka jalan rezeki.

“Alhamdulillah, bisnes nugget ini nampaknya mendapat sambutan. Saya nekad nak teruskan jadi pengedar makanan khususnya sejuk beku,”ujarnya.

Akaun Instagram bagi penjualan nugget frozen dan juga perkhidmatan sea dulang hantaran.

Mengakhiri bicara, wanita ini sempat berkongsi tip untuk mereka yang pernah melalui situasi yang sama seperti dirinya.

“Ada sesetengah orang, mereka tak ada sumber pendapatan dan bila ajak buat bisnes kecil contohnya jadi agen atau dropship, mereka ada saja alasan yang diberi.

“Penat, malas, tak pandai dan lain-lain. Kalau betul-betul nak cari sumber pendapatan, kena ketepikan semua alasan tersebut, tambah-tambah pula kita dah ada keluarga yang perlu ditanggung,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Dua bulan tak ada gaji, bisnes sewa dulang mer0sot dek tempias Cov1d-19… wanita berjinak jual nugget frozen tak sangka kuasa viral Twitter – “Penat, malas, tak pandai semua kena ketepikan” – Viral | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*