Rita Rudaini K0ngsi Gambar, Sekali Nama Zizan, Farid Kamil Dan Bekas Suami ‘Dipet1k’

Sebagai ibu, tiada apa yang lebih penting buat pelakon, Rita Rudaini selain melihat kepuasan dan senyuman yang terukir di wajah anak-anaknya.

Melihat mereka teruja menikm4ti juadah hari raya adalah satu kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kemeriahan Syawal pelakon, Rita Rudaini dan anak-anaknya tetap meriah biarpun hanya menyambutnya bertiga di Kuala Lumpur.

Kelazimannya, Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, pulang menyambut Syawal di kampung halaman di Kampung Utan Aji, Perlis. Bagaimanapun, mereka sekeluarga tidak boleh merentas negeri berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling hiba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelazimannya.

“Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COVI1D-19 yang melanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja.

“Anak-anak sukakan ketupat, hidangan wajib setiap kali raya. Mereka gemar makan bersama gulai daging air tangan Mama. Oleh itu, saya menempah ketupat dan memasak gulai daging sendiri mengikut resipi yang diminta daripada Mama,” katanya kepada BH Online.

Kata Rita, sebelum memasak gulai daging yang menjadi kegemaran anak-anak, dia menelefon Mama terlebih dahulu untuk mendapatkan resipi aslinya. Rayyan dan Arjuna terkejut dan memuji keenakan gulai daging yang dimasak, setanding dengan Mak Tok mereka.

“Kerana terlalu banyak juadah dimasak, anak-anak menyangka ada tetamu datang ke rumah. Keluarga dan sepupu terkejut apabila melihat hidangan tersedia atas meja apabila saya membuat panggilan video.

“Mereka kagum melihat saya mampu memasak pelbagai jenis juadah, sedangkan selalunya saya hanya masak menu tertentu sahaja apabila balik kampung. Selebihnya, disediakan oleh Mama,” kata Rita.

Gara-gara bimbang pandemik COV1ID-19 yang belum berakhir, Rita ‘menutup’ pintu rumah daripada menerima kehadiran tetamu, biarpun ramai sanak saudara menetap sekitar Lembah Klang. Sepupu rapatnya turut mematuhi arahan kerajaan tidak kunjung mengunjung bagi mengelakkan menanggung risiko.

Pada pagi raya, Rita berkata, dia sebak apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah.

“Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat untuk ibu dan adik, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz. Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun,” katanya.

TERBARU RITA RUDAINI KONGSI GAMBAR GUNA FACEAPPS TARIK PERHATIAN RAMAI

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nape Dian @sudyrtahir xjwb watsap abg…abg kuciwaaa 😭berjanggut abg tunggu

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

KOMEN NETIZEN :

Mcm muka bekas suami awak je 😂

Macam muka zizan

Mcm zizan la kak rita😍😍😍😍

Lah ingt faridkamil tadi😂😂😂

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Instagram Rita Rudaini

Be the first to comment on "Rita Rudaini K0ngsi Gambar, Sekali Nama Zizan, Farid Kamil Dan Bekas Suami ‘Dipet1k’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*