Baru-baru ini tular di media sosial tentang kisah seekor anak singa yang dipatahkan kakinya untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong.
View this post on Instagram
Anak singa tersebut diambil dari ibunya ketika dia hanya berusia beberapa bulan sebelum kakinya dipatahkan dan diced3rakan tulang belakangnya agar dia tidak dapat lari apabila orang datang untuk mengambil gambar dengannya.
Kejadian yang berlaku di Rusia itu membuat orang ramai marah, termasuklah presiden Rusia, Vladimir Putin yang secara peribadi mengarahkan s1asatan jen4yah ke atas kejadian itu.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan anak singa itu cuba untuk membersihkan kakinya yang ced3ra tetapi tidak mampu mengangkat kaki kerana terlalu sakit.
Ekoran daripada itu penyelamat akhirnya berjaya menyelamatkan anak singa terbabit dan membawanya ke klinik haiwan untuk melalui pemb3dahan.
Anak singa yang diberi nama Simba itu dir4wat oleh doktor haiwan, Karen Dallakyan yang menjaganya sehingga dia sihat. Walaupun kakinya belum pulih sepenuhnya, Simba menunjukkan perkembangan yang baik.
Dr. Dallakyan bermain dengan Simba agar kakinya menjadi lebih kuat.
View this post on Instagram
Simba mula berlatih berjalan
Anak singa itu juga terpaksa belajar semula banyak benda seperti berjalan dan bermain. Dia diberi banyak permainan dan perhatian untuk mengurangkan trauma yang dialaminya sebelum dia dapat menjalani hidup sebagai seekor singa yang normal.
Simba kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan haiwan liar dan telah menyambut hari jadi beberapa hari lepas.
Симбуле 15 июня исполнился годик 🎉💛🦁⠀В честь этого события папа Карен @karendallakyan позволил ему порезвиться на…
Posted by Olga Lazareva on Monday, June 15, 2020
Pengakhiran yang baik buat Simba membuat ramai menghargai usaha Dr. Dallakyan yang turut menyelamatkan banyak haiwan-haiwan lain yang menjadi m4ngsa peminat haiwan eksotik dan pemilik sarkas.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Tular Kisah Kaki Anak Singa Dipatahkan, Lihat Keadaannya Selepas Diselamatkan"