Lelaki ini ceritakan apa yg berlaku ketika makan bersama YDP Agong

Baru-baru ini Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah mencuri tumpuan rakyat jelata apabila menikmati santapan roti tempayan di sebuah gerai di Pekan, Pahang.

Bukan itu sahaja, sekumpulan remaja yang duduk di belakang meja Seri Paduka turut sama menjadi bualan ramai.

Ketika dihubungi Gempak, Basyar, 20, menyatakan dia terkedu dan terkejut apabila dapat bertemu secara empat mata dengan Seri Paduka tanpa dirancang.

“Saya sebenarnya agak terkedu sekali dengan terkejut sebab perkara macam ni memang jarang berlaku. Kiranya saya dengan kawan-kawan lain ni beruntung sebab dapat makan sekali dengan Seri Paduka.

“Saya memang tak pernah terfikir yang Seri Paduka akan singgah ke tempat ini”

“Awal-awal tu memang saya gementar sebab ini kali pertama kan. Tapi lama-lama dah rasa okey sebab Seri Paduka layan santai. Seri Paduka seorang yang mesra dan sporting sangat,” katanya.

Tambah pemilik nama Muhd Basyar Mohd Borhan berkata Seri Paduka meluangkan masa makan di situ kira-kira 30 minit.

“Masa Seri Paduka sampai tu kami pun baru sampai. Dalam 30 minit juga la kami dan Seri Paduka makan dekat kedai tu.

Ini pesanan Agong kepada mereka

“Seri Paduka yang suruh kami duduk makan macam biasa. Seri Paduka sempat juga berpesan kepada kami untuk mengikuti Tatacara Operasi Standard (SOP),” katanya lagi.

“Kalau Aku Budak Baju Biru Tu, Tak Senang Duduk Dah” – Agong Bersantap Roti Tempayan Di Gerai, Humble!

Selain Basyar, dia bersama tiga orang kawannya yang lain iaitu Muhd Haris Zaim Ismail, Hariz Haikal Mohamad Hatta dan Nur Iman Mohd Hafiz Andrew.

Selepas selesai makan, jurugambar Seri Paduka ajak kami bergambar sekali sebagai kenangan.

“Kami nak balik dah masa tu tapi dipanggil oleh jurugambar Seri Paduka untuk bergambar bersama.

“Kalau ikutkan masing-masing taknak sebab malu,” katanya menutup perbualan.

Agong banyak kali bantu mgsa k3malangan

Sebelum ini KEPRIHATINAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semakin terserlah apabila baginda turun dari kenderaan rasmi bagi memeriksa keadaan dan bertanya khabar mngsa k3malangan berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya.

Ini bukan kali pertama baginda menyantuni rakyat yang ditimpa musi1bah dan perkara itu turut dikongsi melalui paparan laman sosial Instagram rasmi Istana Negara

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Trending Sangat

Be the first to comment on "Lelaki ini ceritakan apa yg berlaku ketika makan bersama YDP Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*