“Dia Dijumpai Dalam Keadaan Terpinga- Pinga Dan…”- Ditemui Selepas Hilang 11 Hari, Lokasinya Mengeejut Ramai Pihak

Pelakon Fauzi Nawawi mengesahkan anak saudaranya Siti Najiha, 22, yang hilang sejak 9 Jun lalu telah selamat ditemui di Tanah Merah, Kelantan semalam.

Menurut Fauzi, Najiha yang merupakan anak kakaknya ditemui oleh orang awam di stesen bas dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sihat.

“Alhamdulilah semalam kami dihubungi orang awam bahawa Najiha telah ditemui di stesen bas di Tanah Merah, Kelantan.

“Dia ditemui keseorangan dalam keadaan terpinga-pinga dan didapati dia dem4m panas.

“Kami pun terkejut bagaimana dia boleh berada jauh dari tempat dia hilang iaitu kediamannya di Perak.

“Apa-apa pun terima kasih kepada pihak yang menjumpai dia dan bawa pulang ke rumah untuk diselamatkan,” katanya.

Suami kepada Lisdawati itu menghubungi Astro Gempak dan mengesahkan sendiri berita tersebut.

Kata Fauzi, Najiha bakal dibawa pulang ke rumah dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan di h0spital.

“Abang ipar kini dalam perjalanan membawa Najiha pulang dan seterusnya ke balai polis untuk melap0rkan situasi terkini.

“Kami juga bakal membawa Najiha ke h0spital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Selebihnya kami akan serah kepada pihak polis untuk menjalankan sias4tan,” katanya lagi.

Anak saudara Fauzi yang merupakan Orang Kelainan Upaha (0KU) dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu dan berita kehilangannya disebarkan selepas seminggu kehilangannya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Dijumpai Dalam Keadaan Terpinga- Pinga Dan…”- Ditemui Selepas Hilang 11 Hari, Lokasinya Mengeejut Ramai Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*