Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi berita baik yang mereka bakal menimang cahaya mata pertama.
Fazura mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Pelakon filem Dendam Pontianak itu berkongsi berita gembira itu menerusi kemas kini di laman Instagram peribadinya, sebentar tadi.
“InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.
“Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 36 tahun, turut memuat naik gambar hitam-putih beliau bersama suami, Fattah Amin, 30 tahun.
Warganet menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan serasi itu, selain mendoakan kesihatan Fazura.
KOMEN NETIZEN:
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka.
Kisah cinta pasangan sejoli itu bermula selepas mereka membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : Ig Fattahaminz
Be the first to comment on "Tak lama lagi nak jadi mommy & daddy. Tak sabar nak tengok Fattzura Junior"