Respon Padu Chef Wan Selepas Ada Pihak Tak Puas Hati Dengan S.Pavithra Pasal Bayaran RM10k

1su kecil saja sebenarnya dan ia timbul apabila seorang individu meluahkan rasa terkejut di Insta Storynya selepas pihak Sugu dikatakan meminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan selama satu jam.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Chef Wan.

Namun menurut Sugu, itu bukan harga yang sebenar kerana sebolehnya mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan.

Bagaimanapun disebabkan kenyataan individu yang bertanyakan kepada Pavithra itu menulis status dengan memetik ‘nama’ Chef Wan, empunya diri bernama Chef Wan akhirnya bersuara.

Chef Wan Mula Bersuara

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memberi komen tentang 1su YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang meletakkan harga RM10,000 kepada pengacara Anim Ezati Rizki untuk program masakan selama satu jam.

Kata Chef Wan, sekiranya Sugu Pavithra membuat keputusan untuk meletakkan harga tersebut bagi perkhidmatannya itu adalah rezeki.

” Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian.

” Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Chef Wan, dia akui mengenali Sugu Pavithra dan menonton video masakan yang dimuat naik di laman Youtube.

” Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.

” Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada.

” Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya lagi.

Respon balas Anim

Sementara itu, Anim yang juga pengacara MHI dan 999 di TV3 tampil menjelaskan semula tentang isu melibatkannya dengan Pavithra tersebut selepas ramai mngec4m beliau.

” Guys, dua benda korang kena tahu sebelum nak ser4ang saya. Saya bukan dari stesen televisyen seperti yang did4kwa.

” Saya telefon wakil dari syarikat saya. Untuk content YouTube. Untuk client saya. Saya tak pernah paksa dia untuk terima kerja ni.

” Ceritanya, saya telefon Pavithra dua kali sahaja. 1 kali Mr Sugu angkat, dia cakap Pavithra tak ada. Yang kali kedua, Pavithra ada.

” Kemudian saya sampaikan hasrat nak ambil dia sebagai my talent. Dia cakap rate dia RM10,000. Untuk satu jam. Saya cakap tu dah overbudget pada client saya. Kemudian kami tamatkan perbualan,” tulisnya.

Tambah Anim, dia sedar entri tersebut telah mengvndang kemrahan dalam kalangan warganet.

” Tapi apa salahnya kalau rate dia RM10,000? Orang tak mampu macam saya, carilah talent lain. Kan? Itu hak dia. Dan saya rasa hak saya juga untuk up kan status itu.

” Jadi, saya hubungi dia (Pavithra) pagi ini, minta maaf dan tanya kenapa dia buat kenyataan sebegitu (cakap saya paksa dan sebagainya).

” Pavithra pun minta maaf kepada saya, sebab kenyataan tu salah. Suami dia, Mr Sugu yang bagi kenyataan tu. Jadi dia akan betulkan semula dakwaan.

” Dan stesen televisyen yang nak ambil dia dengan saya adalah dua entiti yang berbeza. Dia keliru tentang itu. Itu sahaja. Sekian jangan marah-marah lagi,” tulisnya lagi.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber :Asia Kini

Be the first to comment on "Respon Padu Chef Wan Selepas Ada Pihak Tak Puas Hati Dengan S.Pavithra Pasal Bayaran RM10k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*