“Amboi Bukan Main Terhibur Ya Abang” Tersasul ‘K4ngkang’, Comel Bila Erra Fazira Warning Norman Hakim

Pelakon dan pengacara Erra Fazira menjadi perhatian ramai selepas tersalah cakap menerusi program bual bicara, Mingguan Wanita baru-baru ini.
 
Erra menerusi akaun Instagramnya memohon maaf sambil berkongsi video pendek babak tersebut.
 
“Ampun, ni akibatnya bila topik best. ‘Kenapa isteri saya tak macam dulu’ memang macam pelurulah nak berkata-kata. Kan dah mendapat, sorry tau,” tulisnya.

Dalam pada itu, pasangan pengacaranya aktor Norman Hakim juga turut berkongsi sedutan yang sama di akaun Instagram miliknya.
 
“Ya saya ni memang cepat terhibur, bukan tak nak cover tapi memang nafas dah tersekat, perut dah cramp.
 
“Nasib baik boleh kontrol lagi walau nampak dah tak tercontrol. Sampai la ni yerngiang-ngiang momen sampai nak terkencing-kencing,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sparring partnerku @errafazira buat hal hari ni😂😂😂Mmg compem utk hiburan diri sepanjang seminggu nih!🤣🤣🤣Ye,saya ni jenis cepat terhibur.Bukan tak nak cover,tp mmg nafas dah stuck,perut dah cramp,nasib baik boleh control lagi walau nampak dah tak ter’control’.Sampai la ni terngiang-ngiang moment sampai nak terkencing2…🤣🤣🤣 . . Apapun terima kasih yg menonton @mingguanwanita tadi🤗 . . @Regrann from @errafazira – AMPUUUUNNN 🙏🏻🙏🏻🙏🏻.. . Ni akibatnya bila topik best.. . “KENAPA ISTERI SAYA TAK MACAM DULU” mmg macam peluru laa nak berkata2 .. 🤪🤪🤪 Kannn dah mendapat!! 😫😫 Sorry tauu.. . . Yg gerammm tu.. brader sebelah bole gelakkan.. bukan nak cover kan kitaaa tauuu.. Nasib baik Dt @fizzfairuzofficial tolong coverkan.. 😅 Awassss @normanhakim_786 !!!

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen Erra menerusi posting Norman.
 
“Amboi amboi amboi, bukan main terhibur ya abanggggg. Cis, inilah namanya harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Awas lohhhh,” tulisnya.

Interaksi kedua-dua pelakon itu ternyata menghiburkan peminat dan rata-rata seronok dengan sikap spoting pasangan pengacara ini.
 
Mingguan Wanita bersiaran setiap Khamis, jam 12 tengah hari di Astro Prima (saluran 105/121).
 
Rancangan ini juga boleh ditonton di platform Astro Go dan On Demand.
 
Terdahulu, Erra tersasul menyebut ayat ‘kangkang’ sebelum disedari oleh Norman dan tetamu jemputan Datuk Fizz Fairuz yang kemudiannya terus ketawa.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Amboi Bukan Main Terhibur Ya Abang” Tersasul ‘K4ngkang’, Comel Bila Erra Fazira Warning Norman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*