Neelofa Anjur Program Ibadah K0rban Sempena Hari Raya Aidiladha

Ahli perniagaan dan selebriti terkenal Neelofa menerusi Pertububan Kasih Neelofa akan menganjurkan Qurban Kasih Neelofa bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan k0rban dengan mudah disamping meluaskan ilmu pengetahuan mengenai ibadah ini kepada orang ramai.

“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah k0rban. 

“Malah, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan, kebaikan ibadah ini dalam kalangan umat Islam serta proses untuk melaksanakan korban secara berhemah dan betul,” kata Neelofa menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada Gempak.  

Bekas pengacara MeleTOP ini berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofa dapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.

“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” ujarnya.

“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.

“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua,” jelasnya lagi.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Neelofa Anjur Program Ibadah K0rban Sempena Hari Raya Aidiladha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*