Azmeer mahu bina pusat pengajian Islam

ALOR SETAR: Pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof berhasrat mewujudkan sebuah pusat pengajian Islam yang bakal diberi nama Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Kedah. 

Hasrat berkenaan diluahkan dalam laman Facebook miliknya ketika melahirkan ucapan kesyukuran selepas urusan pembelian sebidang tanah di Alor Setar yang dikatakan hampir selesai.

“Alhamdulillah pembelian tanah saya di Tongkang Yard, Alor Setar hampir selesai dan Insya-Allah di tanah tersebut akan saya bangunkan sebuah pusat yang akan diberi nama Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof. 

“Di situ nanti akan saya tempatkan guru-guru Quran lelaki dan perempuan, guru-guru hadis, tempat pembelajaran dan kuliah agama Islam dan sebagainya, Insya-Allah.

“Doakan segala niat saya dipermudahkan Allah dan saya berharap semua pihak akan menyokong pusat pengajian yang akan dibina ini,” kata Azmeer.

Dalam ruangan Facebook berkenaan juga Azmeer menyertakan beberapa gambar contoh reka bentuk grafik pusat pengajian yang sedang dalam perancangan pembangunannya. 

Alhamdulillah pembelian tanah saya di TONGKANG YARD, ALOR SETAR KEDAH hampir selesai. in syaa Allah di tanah tersebut…

Posted by Azmeer Yusof 25 on Monday, June 22, 2020

“Ramai juga yang meminta nombor akaun saya untuk tujuan membantu, namun setakat ini saya belum pernah menyatakannya secara umum kerana selagi semua pihak memberi sokongan terhadap berbagai perniagaan saya, Insya-Allah saya mampu. 

“Namun untuk pusat pengajian ini, saya akan buka kepada sesiapa yang mahu melakukan wakaf tunai dan perkara ini nanti saya akan maklumkan dari masa ke masa,” katanya.

Azmeer yang aktif menjalankan beberapa perniagaan termasuk memiliki syarikat lori sampah AZYU Global Enterprise seperti yang dilaporkan sebelum ini, turut menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (0KU) di kedai miliknya di Alor Setar, AY Barber Shop.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : BH Online

Be the first to comment on "Azmeer mahu bina pusat pengajian Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*