‘Saya Kagum, Terkejut. Dia Sangat Berbakat’ – MUA Kongsi Pengalaman Photoshoot Bersama Pavithra

Youtuber Malaysia kesayangan ramai iaitu Pavithra telah mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan lebih anggun bersolek untuk portal hiburan dan gaya hidup iaitu Pepatung. Solekan yang menghiasi wajah Pavithra merupakan sentuhan magis juru solek Razzi Musa.

Juru solek ini berkongsi pengalaman sepanjang bekerjasama dengan Pavithra tempoh hari. Dia menyifatkan Pavithra seorang yang merendah diri dan berbudi bahasa.

Berbudi bahasa dan sopan

Memetik dari SAYS, Razzi Musa berkongsi keseronokan ketika menjalankan penggambaran photoshoot bersama Pavithra di Sungai Siput, Perak.

Bagaimana kita melihat dia di dalam video, berbudi bahasa, dan begitulah dirinya ketika kita bertemunya secara peribadi. Dia sangat manis dan sopan. Apa yang boleh dikongsi lagi, Pavithra mengakui sedikit gementar walaupun dia sudah mengetahui penggambaran akan dijalankan pada hari itu.

Saya benar-benar kagum dan terkejut melihat beberapa posing yang diberikan Pavithra di set. Selalunya, bagi individu amatur yang baru memulakan photoshoot pasti rasa kekok. Tetapi, Pavithra tidak seperti yang disangkakan. Dia sangat berbakat.

Solekan yang sederhana

Tambah Razzi lagi, Pavithra mengenakan lima pakaian dan solekan yang berbeza. Kesemua ini hanya mengambil masa selama empat jam sahaja. Photoshoot dilakukan di rumah Pavithra itu dijalankan dalam masa yang singkat dan terhad.

Saya ingin memastikan solekan sederhana dan memenuhi kriteria pada wajahnya. Saya mahu warna pada kulitnya muncul dna saya tidak mahu menambah apa-apa pada wajahnya. Sebab dia sudah memiliki wajah yang cantik.

Tampak jelita

Disebalik kejelitaan Pavithra terdapat beberapa individu yang bertanggungjawab. Antaranya adalah Pinography sebagai juru kamera dan Zul Herizal sebagai stylist. Ketiga-tiga pakaian yang dikenakan itu ditaja oleh Rizman Ruzaini, Wanpa dan Bernard Chandran.

Sumber: SAYS, Razzi Musa

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "‘Saya Kagum, Terkejut. Dia Sangat Berbakat’ – MUA Kongsi Pengalaman Photoshoot Bersama Pavithra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*