Shuib Cerita Perkara Sebenar Mcm Mana Boleh Gadvh Dgn Sharnaaz

Baru baru ini kecoh di media sosial dimana Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad meluahkan tidak puas hati. Ianya bermula apabila salah satu cawangan francais Shuib iaitu Bubble Bee dikelolakan oleh Sharnaaz Ahmad seperti lambat siap.

2 video kejadian Sharnaaz Ahmad tidak puas hati dimuat naik oleh Shuib Sepahtu. Disebabkan itu ramai netizen melabel Sharnaaz Ahmad tidak sabar kerana dateline untuk kedai siap renovasi masih jauh.

Video tersebut menjadi tular di media sosial dan ada netizen berkata ini semua adalah gimik dibuat oleh Shuib dan Sharnaaz untuk mempromosikan produk Bubble Bee dan lokasi terbaru mereka.

Wartawan MSTAR Online (Kecik) telah pergi berjumpa sendiri dengan Shuib Sepahtu dan bertanyakan adakah semua ini drama?

“Kau tengok sendiri macam mana orang hent4m aku!” – Sharnaaz Ahmad makin beng4ng Shuib kongsi video berg4duh

PELAWAK Shuib menafikan video pergaduhan antara dia dan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai lakonan untuk meraih perhatian netizen.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, berkata memang wujud salah faham antara dia dan pelakon yang terkenal dengan karakter antagonis itu membabitkan urusan perniagaan.

“Dalam perniagaan kita kena bersikap profesional. Namun saya faham mesti ada perkara yang tak dapat dielakkan, dia (Sharnaaz) sebagai client merupakan keutamaan… jadi saya turutkan sahaja kehendaknya.

“Saya layankan sahaja apabila dia bersikap demikian. Ramai sebenarnya dah bagi amaran tentang sikapnya yang dikatakan panas bar4n, tapi tak sangka pula jadi kepada saya.

“Terpulang kepada netizen nak kata apa. Hanya saya dan Sharnaaz tahu 1su yang terjadi, ” kata Shuib kepada mStar.

Rakaman video Shuib bersemuka dengan Sharnaaz

Dalam perkembangan lain  Shuib yang juga penyampai radio Hot FM berkata, dia sendiri tidak sangka sambutannya melebihi jangkaan mereka sehingga terpaksa mengadakan sesi temuduga itu selama dua hari.

“Kami tidak jangka angka kehadiran itu. Temuduga itu sepatutnya diadakan sehari saja dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang tapi dilanjutkan hingga 9 malam. Bakinya, kami sambung keesokannya.

Daripada 300 calon yang hadir, Shuib memaklumkan mereka akan mengambil 100 orang untuk bekerja sebaik beberapa cawangan kedai berkenaan dibuka di sekitar Lembah Klang.

“Sekarang, kami cuma baru buka satu cawangan di Shah Alam. Penghujung Jun dan awal Julai, kami akan buka pula beberapa cawangan di Bangi, Setapak, Rawang dan lain-lain.

“Seramai 100 orang yang kami ambil bekerja itu akan ditempatkan di cawangan-cawangan berkenaan. Kami juga ada perancangan untuk membuka cawangan di luar Lembah Klang pula selepas ini seperti di Melaka dan Perak,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar/Trending Sangat

Be the first to comment on "Shuib Cerita Perkara Sebenar Mcm Mana Boleh Gadvh Dgn Sharnaaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*