“Saya Akan Lebih Berhati-Hati..” – Kongsi Video Kurus Baru, Zulin Aziz Terima Teguran Netizen

Pelakon Zulin Aziz mengakui kesilapan dan menerima teguran apabila berkongsi sebuah video yang mengvndang rasa tidak senang wargamaya.

Menurut Zulin, dia telah memaafkan pihak Gempak yang menggunakan foto pada video tersebut dan akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang posting di laman sosial. 

Tambahnya, dia menerima banyak maklumbalas terhadap video asal dan bertindak menukarnya kepada video yang lebih sopan. 

“Saya dah buang video lama sebab tak perasan ada nampak beberapa bahagian dan saya dan gantikan dengan video yang baru. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yeay dah 57kg! Thank you so much @dmagiadietmealz_hq and team!🥰❤️. . Mereka jaga pemakanan dan exercise saya sepanjang Pkp.Jom kurus secara sihat. @dmagiadietmealz_hq and team akan guide anda . Plan diet selama 21 hari dengan Dmagia luar biasa! Dengan mengamalkan pemakanan dan senaman yg boleh membantu anda turun berat badan yg anda idamkan.Saya mengambil masa 3 bulan saja utk seperti sekarang. Saya boleh,anda pasti boleh. . Kami guide sampai kurus. Product ni peganti makanan dan program diet yg menukar cara pemikiran kita mengambil makanan yg lebih seimbang . . Kalau nak tau lebih lanjut boleh follow @dmagiadietmealz_hq . Kami tak jual UBAT kURUS tp replacement meal.

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

“Saya tak kisah terima kec4man wargamaya cuma saya kecil hati bila video lama saya tu masih digunakan,” jelas Zulin ketika dihubungi Gempak untuk tujuan permohonan maaf. 

Gembira dengan berat badan ideal yang dimilikinya kini, Zulin mahu ramai lagi orang di luar sana mendapat kebaikan yang sama dengannya. 

“Saya dah pernah kena body shaming dan kalau boleh saya nak bantu orang yang senasib dengan saya ni untuk berubah.

“Saya nak beri mereka motivasi untuk jadi kurus dan cantik, menggunakan teknik atau kaedah yang sama saya gunakan di dalam program diet 21 hari ni,” ujar Zulin lagi. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, ramai yang memuji tindakan Zulin menerima baik teguran wargamaya dan menjadi lebih positif. 

“Zulin, sabar banyak sis. Sebagai selebriti, sis perlu alert dengan apa yang sis post. Orang ambil kesempatan kutuk kec4m lagi-lagi bila sis dah kurus,” komen seorang wargamaya.

“Yelah Zulin, kurus juga ujian. Jaga aurat, jaga batas dan akhlak. Awak memang cantik sangat walaupun masa berisi dulu, saya kagum dengan awak,” puji seorang wargamaya.

“Akhlak yang baik sesama muslim. Sentiasa memaafkan dan cepat minta maaf. Tahniah kak, jadi contoh yang lain,” luah seorang wargamaya.

“Zulin Aziz ni sentiasa positif, suka laaa,” kata seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, video berat badan idealnya telah menerima hampir 400,000 tontonan. 

Terdahulu, Zulin yang mengamalkan pelbagai jenis diet sebagai usaha untuk mengurangkan berat badan berjaya kehilangan 10kg dalam masa sebulan berbanding berat badan asalnya iaitu 85kg. 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Akan Lebih Berhati-Hati..” – Kongsi Video Kurus Baru, Zulin Aziz Terima Teguran Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*