Perlukan tempat yang tenang dan tidak sesak, To’ki kemurungan selama 18 tahun

Malasah kemvrungan yang dialami selama 18 tahun membawa penyanyi popular era 1990-an, To’ki berpindah ke rumah kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang didiami bersama isterinya sejak lebih setahun lalu.

To’ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia memerlukan tempat yang tenang dan tidak ses4k.

“Saya seronok tinggal di sini. Kawasan yang dikelilingi hutan memberi saya ketenangan jiwa dan terapi untuk saya mengawal masalah dihadapi,” katanya.

Walaupun pada mulanya isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berat untuk mengikutnya berpindah ke situ, namun To’ki tetap nekad.

“Saya nekad berpindah ke sini bersama isteri adalah untuk merawat jiwa dan rohani saya. Saya perlukan tempat yang tenang dan tidak ses4k,” katanya.

Sementara itu, To’ki meluahkan rasa syukur apabila terus menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini.

“Alhamdulillah pagi tadi saya dikunjungi wakil Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang menghulurkan barangan keperluan dan sumbangan. Saya juga sempat bercakap dengan Datuk Seri melalui panggilan telefon.

“Saya bersyukur ramai yang tak putus datang untuk melawat dan menghulurkan bantuan. Namun, apabila ada barang keperluan yang lebih diterima, saya akan kongsi bersama insan memerlukan. Contohnya beras yang sudah banyak diterima.

“Rumah ini sudah menjadi transit untuk saya pula menghulurkan sumbangan ini kepada orang lain. Saya bahagia dan tenang duduk di sini. Isu utamanya bukan wang ringgit.

“Bahagia bukan datang dalam bentuk material, tapi dari jiwa,” katanya.

Terdahulu, nama To’ki tiba-tiba menjadi sebutan netizen apabila foto rumah yang didiami bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, itu tular sejak beberapa hari lalu.

Mantap To’ki

Setuju bang

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : HM/Rimbabara Daily

Be the first to comment on "Perlukan tempat yang tenang dan tidak sesak, To’ki kemurungan selama 18 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*