“Bimbang Dijangk1iti Covld-19..” – Fattah Amin

TERPAKSA kembali ke set penggambaran, pelakon Fattah Amin mengakui agak bimbang risi1ko dijangk1iti Cov1id-19 terutama ketika isterinya Nur Fazura sedang ham1il anak pertama mereka.

Fattah Amin berkata, dia sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi keselamatan isterinya.

“Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wab4k itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, InsyaAllah semuanya selamat.

Fattah dan Fazura bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada Oktober depan.

“Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.

“Apa-apa pun kena pandai jaga diri. InsyaAllah tak ada apa-apa. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah,” kata Fattah kepada mStar.

Fattah berkongsi perkara itu ketika sesi Borak Pink Smile bersama pelakon gandingannya, Sweet Qismina dan pengarah drama tersebut iaitu Ayie Mustapa baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Just another boring photo.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Isterinya yang juga aktres Fazura kini sedang ham1il cahaya mata pertama mereka dan dijangka akan bersal1in pada Oktober depan.

 

Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.

FATTAH AMIN

PELAKON

Berkongsi mengenai drama terbaharu lakonannya berjudul Pink Smile, Fattah memberitahu tiada babak yang terlalu mencabar kerana jalan cerita yang ringan dan mudah untuk difahami.

“Alhamdulillah, saya tak ada masalah pun nak membawa watak sebagai Areeq adalam drama itu sebab karekter lebih kurang sama dengan drama saya sebelum ini.

Fattah pertama kali bergandingan dengan Sweet menerusi drama Pink Smile.

“Jalan cerita pun tak berat dan mudah untuk penonton nak memahami. Lagipun, drama ini berdasarkan novel, jadi sesiapa yang dah baca mungkin akan tahu jalan cerita.

“Tapi di pertengahan episod, akan ada beberapa konflik yang penonton tidak dapat jangkakan. Yang penting, drama ini memang seronok untuk ditonton,” ujarnya.

Drama Pink Smile turut dibintangi oleh Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil dan ramai lagi akan mula ditayangkan pada 31 Julai depan di slot Lestari, TV3.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Bimbang Dijangk1iti Covld-19..” – Fattah Amin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*