“Kalau Boleh Sehari Turun 1 Kilo” – Tak Percaya Penimbang Berat, Sam Ded4h Cara Dia Kuruskan Badan

Sebut saja mengenai Shaheizy Sam, mungkin peminat sudah terbayangkan bentuk tubuh badannya yang kerap mengalami fasa turun naik.

Jika sebelum ini Shaheizy atau lebih mesra dipanggil Sam kelihatan tegap dan ‘sado’, namun penampilannya terkini dilihat kembali berisi.

Malah, menurut Sam sendiri berkemungkinan beratnya kini telah melebih 80 kilogram (kg).

“Paling berat yang saya pernah capai ialah 80 kilogram. 

“Tapi rasanya kalau saya timbang badan sekarang, mungiin sudah lebih angka itu.

“Saya jarang timbang berat, bukan tak percaya tapi apa yang lebih penting kita tahu ukuran lemak badan kita,” katanya.

Menurutnya lagi, jika dia mahu menurunkan berat badan, dia akan cuba memastikan satu kg akan turun dalam masa sehari.

“Harus jaga pemakanan, tahu berapa kalori dan kena pergi bersukan atau ke gimnasium.  

“Saya kebiasaannya menetapkan sehari untuk turun sekilogram atau maksimum tiga hari untuk sekilogram.

“Jadi dalam masa sebulan, saya boleh turunkan berat badan saya sehingga 10 kilogram. 

“Apapun terpulang pada individu itu sendiri sama ada dia kuat mental atau tidak. Paling penting kita ada knowledge terlebih dahulu,” katanya.

Sam berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk Wholly Fitz di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Boleh Sehari Turun 1 Kilo” – Tak Percaya Penimbang Berat, Sam Ded4h Cara Dia Kuruskan Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*