“Saya Telah Bertunang Dengan…” – Ditvduh Jadi Per0sak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman

Nama pelakon baru, Alya Iman menjadi sebutan warganet semenjak semalam.

Anak kepada pelakon legenda allahy4rham Azmil Mustapha itu did4kwa menjalin hubungan suli1t dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

d4kwaan terbabit dilakukan oleh isteri ahli perniagaan itu sendiri.

Tidak berdiam diri, Alya mengeluarkan satu kenyataan kepada pihak media.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

👰🏻💍 #Zahra #GaunPengantinIvory #UnifiTv #Telemovie

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

Berikut merupakan kenyataan yang diberikan oleh Alya kepada Gempak menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp:

“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.

“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.

“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.

“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah.

“Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.

“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

“Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik,” tulisnya dalam kenyataan terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

in pink ft @christyngshoes 🤍

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

Baru sahaja berusia 19 tahun, Alya turut dikenali sebagai model pakaian muslimah dan hijab.

Antara drama lakonan Alya ialah Senafas Rindu, Bukan Kahwin Paksa dan Lelaki Kelas Sebelah.

Sebelum ini, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menepis d4kwaan yang mengatakan dirinya sedang menjalin hubungan dengan pelawak Zizan Razak.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Telah Bertunang Dengan…” – Ditvduh Jadi Per0sak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*