Bakal menyambut hari lahir yang ke-27 pada Isnin depan iaitu 27 Julai, Jumaat lalu pelakon Ruhainies menerima kejutan awal bersempena hari jadinya.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah kek hari jadi Ruhainies yang diklonkan dipercayai mengikut wajahnya. Kek tersebut ternyata mengundang ketawa netizen apabila usaha untuk mengikut wajah Ruhainies seolah-olah gagal.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ruhainies menerusi Insta Story, kek bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut terurai itu dilihat serba serbi tak kena oleh netizen. Video kek itu juga turut menjadi bualan ramai di laman Twitter.
Tak tau la nak gelak ke nak sedih tengok cake hari jadi ruhainies 😅 pic.twitter.com/HzCS5R71zZ
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 25, 2020
Ada segelintir yang tertanya-tanya siapakah yang membuat kek tersebut kerana tiada langsung seperti Ruhinies. Malah, ada yang menyamakan kek tersebut dengan wajah pondan tua.
Meskipun ramai yang mentertawakan kek klon wajah itu, bagaimanapun rata-rata netizen mengagumi Ruhainies yang tetap menghargai kek berkenaan.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "Kek Klon Muka Ruhainies, Disamakan dengan mak nyah dari thailand..- Ruhainies"