Pavithra dilabel ‘Bella Astillah 2.0’. Sekali Bella Masuk Komen

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah menerusi akaun Twitter miliknya berkongsi pendapat mengenai konflik berlaku kepada YouTuber terkenal, Pavithra yang dilabel sebagai ‘Bella Astillah 2.0’ oleh warganet.

Menurut Bella, warganet tidak sepatutnya menghakimi seseorang atas apa yang berlaku dalam hal rumah tangga.

“Korang (anda) sibuk betul pasal Pavithra dan samakan dia dengan kita (saya) kononnya, dia Bella Astillah 2.0. Hanya kerana dia memilih untuk maafkan suami dia? Anda nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercer4i terus? Tak payah fikir pasal anak-anak? Pasal rumah tangga? Pasal keluarga?” tulisnya.

Katanya, setiap keputusan yang perlu dibuat pasangan berdepan konflik dalam rumah tangga bukanlah perkara boleh diambil mudah.

“Bukan senang nak buat keputusan. Perkahwinan bukan macam main masak-masak dan membabitkan keluarga. Anda, nak mereka bercer4i? Lepas tu, baru anda nak bersorak? Tak faham apa yang warganet nak.

“Bila orang berg4duh, suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak, tapi bila orang berbaik pula, suruh bercer4i?” tulisnya.

Mengulas lanjut, Bella juga mengajak warganet supaya menilai diri sendiri terlebih dahulu.

“Siap cakap, ‘haa, lepas ni mesti kena lagi rabak’. Persoalannya sekarang, siapa kita untuk menghakimi seseorang? Adakah kita cukup sempurna? Adakah kita malaikat? Bagaimana kita boleh tahu tentang masa depan atau apa yang akan jadi? Kita bukan Tuhan dan tak tahu apa takdir kita,” tulisnya.

Memperjelaskan lagi kenyataannya, Bella mengingatkan warganet supaya sedar bahawa semua yang dimiliki hari ini hanyalah sementara.

“Yang kecewa, tak selamanya kecewa. Yang bahagia, tak selamanya bahagia sebab semuanya hanya sementara. Hidup ini macam roda. Sebagai manusia, apa salahnya kita harapkan yang baik-baik saja.

“Sekiranya hati kita selalu doakan hidup orang baik-baik, Insya-Allah kita pun mendapat kehidupan yang baik,” tulisnya.

Menutup ciapannya, Bella menulis satu catatan berbaur jenaka.

“Dan saya gembira kerana sekarang, ‘Bella Astillah’ dah mula ada cawangan,” yang disertakan dengan beberapa emoji lucu.

Ciapan Bella diulang ciap (retweet) lebih 5,000 kali dan menerima lebih 8,000 tanda suka di platform media sosial itu.

Pavithra adalah YouTuber yang mula meraih populariti menerusi saluran YouTube miliknya dan suami, SuguPavithra dengan mengetengahkan kandungan berkonsep masakan

Buang Semua Video

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan k3smengenai pasangan YouTuber masakan popular apabila suaminya, M. Sugu did4kwa menced3rakan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, semalam Pavithra telah menarik balik laporan polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja.

Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Video Hilang

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan.

Tidak dapat dipastikan punca di sebalik tindakan drastik tersebut, bagaimanapun setakat ini masih tiada kenyataan daripada pasangan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : MB

Be the first to comment on "Pavithra dilabel ‘Bella Astillah 2.0’. Sekali Bella Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*