‘Janji Tinggal Janji’ – Lelaki Buntu Cari Ibu Kandung Anak Angkat

Demi urusan pendaftaran kemasukan ke darjah satu tahun hadapan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Isham Md Razali sedang giat mencari ibu kandung kepada anak angkatnya.

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki tersebut memerlukan sijil kelahiran kanak-kanak berusia enam tahun itu bagi memudahkan urusannya.

Dijaga sejak 10 bulan

Sekadar gambar hiasan

Macam-macam cara sudah diusahakan untuk mencari ibu kandung kepada anak saya untuk dapatkan sijil kelahiran sebab dia perlu teruskan hidup seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Tetapi sehingga kini, saya tak dapat daftarkan dia sebab dia tiada sijil kelahiran. Saya sayang dan kesian sangat pada anak angkat saya ini dan sudah anggap seperti anak sendiri sebab kami tiada anak perempuan.

Jadi, saya harap sangat mereka yang mengenali ibu kandungnya yang dikenali sebagai Kak Lina untuk membantu. Nama asal anak ini ketika saya ambil ialah Mala Nurkumalasari, lahir pada 19 Disember 2014. Tetapi sebaik saya ambil dia, namanya didaftarkan sebagai Aftra Alia Inara.

Menurut Isham, kanak-kanak itu dijaganya sejak berusia 10 bulan lagi. Tambahnya, pelbagai cara sudah dilakukan untuk mengesan ibu kandung anaknya yang dikenali sebagai Kak Lina. Meskipun, kanak-kanak itu merupakan anak angkatnya, Isham berkata dia sudah menganggap seperti anak kandungya dan sedih jika urusan pendaftaran masih tidak boleh diselesaikan.

Berjanji beri segala dokumen

Pada tahun 2015 di Kampung Jawa Klang, saya sanggup terima anak angkat saya ini sebab Kak Lina (yang dikenali melalui rakan sekerja isteri ketika itu) janji nak bagi dokumen lengkap. Tapi lepas bagi anak pada kami, Kak Lina lesap hingga sekarang, cari di rumah pun tiada, telefon tiada dalam perkhidmatan, facebook pun gagal dicari, saya buntu. Kalau tahu proses susah begini saya tidak akan terima anak itu, saya pun takut dengan risiko ambil anak tiada dokumen tetapi ia benar-benar terjadi kepada saya.

Sebaik mengambil dari Kak Lina, saya buat laporan polis, dapatkan r4watandi klinik seperti anak lain, suntikan seperti biasa, ada laporan kesihatan, pernah iklankan di surat khabar pada 2015, saya hantar ke tadika. Saya juga berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk daftar lewat kelahiran, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga ada menemuduga saya berhubung perkara ini, tetapi dokumen saya tidak lengkap kerana tiada sijil kelahiran dia. Sebab itu, saya amat berharap sesiapa yang mengenali Kak Lina, dapat membantu menjejakinya.

Ujarnya lagi, dia sanggup menerima anak itu kerana wanita tersebut berjanji akan memberikan segala dokumen berkaitan namun, sehingga kini tiada sebarang dokumen yang diberikan. Sepanjang membesarkan anak angkatnya, Isham memberikan kesemua keperluan dan menjaga kebajikan kanak-kanak itu.

Sumber: Berita Harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "‘Janji Tinggal Janji’ – Lelaki Buntu Cari Ibu Kandung Anak Angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*