“Mungkin mereka berg4duh lagi” – Sehari selepas maafkan suami, semua video Sugu Pavithra lesap… ramai doakan yang baik-baik

SELEPAS k3smembabitkan duo YouTuber masakan popular, M Sugu yang did4kwa memkul isterinya, S Pavithra mengejutkan ramai, kini rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita tidak disangka.

Kali ini, kesemua video masakan yang dihasilkan pasangan suami isteri itu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam.

Tinjauan mStar mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan.

Sebelum ini, pasangan itu memuat naik 98 video termasuk video masakan serta aktiviti keluarga mereka seperti percutian dan perpindahan ke kediaman baharu.

Mereka yang mula dikenali dan mencuri tumpuan ramai sewaktu kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempunyai seramai 785,000 pengikut.

Perkembangan terbaharu itu ternyata mengejutkan ramai netizen yang tertanya-tanya mengenai apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Imej tangk4p layar daripada saluran YouTube pasangan berkenaan sebentar tadi.

“Anda semua, apa terjadi kepada saluran YouTube Sugu Pavithra?” tulis seorang pelayar sambil memuat naik imej tangkap layar saluran pasangan itu yang tidak memaparkan sebarang video.

“Saya rasa dia (Pavithra) tidak stabil dari segi ment4l lagi, berikan ruang untuk dia berehat seketika,” tulis seorang pelayar di Twitter.

“Dia dah hilang semangat, dia nak rehat,” komen seorang lagi pelayar.

“Mungkin mereka berg4duh lagi,” tulis seorang pelayar membuat andaian.

Antara komen netizen di Twitter yang tertanya-tanya susulan perkembangan terbaharu itu.

Untuk rekod, video terakhir yang dimuat naik di saluran pasangan suami isteri tersebut adalah percutian bersama keluarga di taman tema air popular dan menginap di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Rabu lalu, media melaporkan konflik yang melanda duo YouTuber itu apabila Sugu did4kwa mencede3rakan Pavithra.

Sugu juga did4kwa di m4hkamah Sesyen Ipoh atas pertudvhan memiliki senj4ta berbah4ya.

Sugu (kanan) dihadapkan ke m4hkamah Sesyen di Ipoh atas d4kwaan memiliki sebilah sabit di parkir h0spital Raja Perma1suri Bainun (HRPB), Selasa lalu.

Konflik tersebut dipercayai tercetus kerana Pavithra tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Dalam kenyataan kepada media selepas wang jaminan dibayar pada Jumaat, pasangan berkenaan bertegas untuk menolak sebarang anugerah termasuk yang anugerah daripada Majlis Bandaraya Ipoh itu.

Pavithra juga berkata dia telah memaafkan Sugu dan mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu termasuk tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana ahli politik.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Mungkin mereka berg4duh lagi” – Sehari selepas maafkan suami, semua video Sugu Pavithra lesap… ramai doakan yang baik-baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*