Tahniah.. SM Faliq & Chryseis Tan Umum Nama Bayi Perempuan, Sedap betul!

Pasangan ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan telah menimang cahaya mata perempuan pada 16 Julai 2020.

Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis memuat naik wajah foto anaknya buat kali pertama untuk tatapan umum.

Malah, pasangan ini turut mengumumkan nama yang indah buat puteri sulung mereka, Arianna Kyla Tan.

“Memperkenalkan cinta hati kami paling berharga, Arianna Kyla Tan SM Faliq, lahir pada 16 Julai seberat 2.9kg,” tulis Chryseis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Introducing our little precious love..💕 Arianna Kyla Tan SM Faliq 🥰 16.07.2020 🍼 2.9kg

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

Menerusi perkongsian di Instagram juga, Chryseis turut berkongsi foto ketika anaknya baru dilahirkan serta foto lengkap mereka sekeluarga ketika keluar daripada h0spital.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya teruja dengan khabar gembira ini.

Malah, mereka turut memuji pemilihan nama puteri sulung pasangan anak jutawan ini.

“Muka datuk dia ni. Sangat cute, sangat bertuah! Semoga Allah sentiasa lindungi baby Arianna Kyla,” kata seorang wargamaya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our first family pic 👨‍👩‍👧 – checking out of the hospital! We’re going home together..🥰❤️

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our first family pic 👨‍👩‍👧 – checking out of the hospital! We’re going home together..🥰❤️

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

“Gembira melihat ibu dan anak sihat, tahniah kepada pasangan Faliq dan Chryseis,” komen seorang wargamaya.

“Assalamualaikum Arianna Kyla Tan SM Faliq. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, amin,” doa seorang wargamaya.

“Aww, cantiknya nama tu!” puji seorang wargamaya.

“Oh my, sedapnya nama tu. Semoga Arianna membesar jadi anak yang baik pada mommy dan daddy ya,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Imbas kembali, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Tahniah.. SM Faliq & Chryseis Tan Umum Nama Bayi Perempuan, Sedap betul!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*