Shahrulezad puji Alya Iman cantik, ada ‘chances’ jadi macam Mira Filzah – “Tapi belum apa-apa dah timbul cerita ni… nasib kau la dik!”

GARA-GARA kontr0versi panas membabitkan pelakon baharu Alya Iman yang dituduh menjadi perosak rumah tangga, pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohameddin mended4hkan dia menerima banyak mesej daripada netizen memintanya supaya tidak menawarkan peluang lakonan kepada aktres tersebut.

Shahrulezad berkata pada awalnya dia tidak mengetahui kontroversi itu sehinggalah dimaklumkan oleh pengikut dan berpendapat anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha ini memiliki peluang cerah dalam industri hiburan.

“Pagi buta aku dah ajak membawang. Sebenarnya abang (merujuk dirinya) tak ambil pot (kisah) sangat gos1p ni.

“Tapi bila dah ramai sangat mesej peribadi (DM) abang bagi amaran jangan ambil budak ni berlakon dengan abang, jadi curious la nak tahu siapa budak ini dan apa ceritanya.

No doubt she is pretty. Muda pun… muda lagi. Ada chances boleh jadi macam Mira Filzah tapi apabila belum apa-apa dah timbul cerita macam ni… nasib kau la dik,” katanya menerusi Instagram pada Isnin.

Pengarah Shahrulezad berkongsi pandangannya di Instagram.

Sementara itu, Shahrulezad berkata kontr0versi berkenaan dikhuatiri boleh merosakkan karier seni Alya dan tidak mustahil nama pelakon itu akan ditolak oleh stesen televisyen.

“Jangan lupa di stesen TV tu ramai kakak-kakak eksekutif… hampir 90 peratus jadi apabila kau buat perangai macam ni, mereka panas sama.

“Sia-sia saja nama kau kena reject kalau dia orang dah mula berbulu (menyampah) tengok muka kau.

“Abang pesan ni bukan untuk awak seorang saja tapi untuk semua pelakon baharu yang baru nak kenal dunia,” ujarnya.

Abang tak nak salahkan satu pihak saja dan rasa semua pihak menyumbang pada penyakit cari fasal ni. Tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Dalam pada itu, pengarah drama Nur ini berharap kontr0versi itu menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Dia juga meminta netizen tidak mengecam secara keterlaluan sehingga menghina keluarga dan Allahy4rham Azmil.

“Harap kisah ni jadi pengajaran untuk semua. Abang tak nak salahkan satu pihak saja dan rasa semua pihak menyumbang kepada peny4kit cari fasal ni. Tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi.

“Pada sesiapa yang bercita-cita nak jadi pemusnah rumah tangga orang lain… hati-hatilah. Sebagai netizen, kita boleh baca dan ambil iktibar. Nak kecam sikit-sikit tu bolehlah sebab kalau tak kecam, rasa macam kita terima pula budaya r4mpas mer4mpas ni.

Kontroversi tersebut dibimbangi merosakkan karier seni Alya.

“Tapi kec4m sikit-sikit sudahlah asalkan anak-anak gadis sekarang rasa takut nak meng4cau rumah tangga orang dan mengikis harta orang lain. Yang penting jangan sampai mengh1na keluarga dan arwh ayah budak tu… kasihan arwh!,” katanya.

Pada Jumaat lalu, isteri kepada lelaki bernama Mahathir Mohd iaitu Penny Salman melalui Instagram mend4kwa gadis berusia 19 tahun ini merampas dan mengikis harta suaminya selama setahun.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Alya tampil menjelaskan perkara itu dan mengakui dia dan lelaki tersebut sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.

Alya turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Trending Giler

Be the first to comment on "Shahrulezad puji Alya Iman cantik, ada ‘chances’ jadi macam Mira Filzah – “Tapi belum apa-apa dah timbul cerita ni… nasib kau la dik!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*