“Di Awal Perkahwinan Kita, Hanya Sebentuk Cincin Berharga RM50 Saja…” – Aeril Zafrel

Pelakon dan usahawan kacak Aeril Zafrel bersama isterinya yang juga pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal sering menjadi tumpuan peminat di media-media sosial.

Mereka bukan sahaja hebat berlakon di kaca TV, tetapi juga berwawasan hebat tentang masa depan dengan pelbagai perniagaan yang dijalankan. Paling penting, mereka juga tidak sombong dengan peminat sama ada di luar, mahupun di ruang media sosial.

Keistimewaan tersebutlah yang menjadikan mereka sering disenangi oleh ramai pihak, tidak kiralah pelanggan perniagaan mereka, mahupun peminat-peminat setia mereka.

Terbaru, Aeril turut berkongsi satu IGTV di Instagram miliknya tentang sedikit daripada perjalanan hidup bersama isteri tercinta.

“Bila throwback balik jatuh jugak air mata jantan aku. ini lah kisah perjalanan hidup saya dan isteri saya, bermula tahun 2012, sehingga kini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis.

“Terima kasih isteri sebab tetap bersama saya walaupun pada awal perkahwinan kita, hanya sebentuk cincin berharga 50 ringgit saja yang dapat saya berikan,” tulis Aeril mengingati kembali di awal perkahwinan mereka berdua.

Aeril turut mendoakan agar hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ini lah kisah perjalanan hidup saya dan isteri saya @w4w4_zainal .. bermula tahun 2012,sehingga kini .. terlalu byk kenangan pahit dan manis..terima kasih isteri sebab tetap bersama saya walaupun pada awal perkahwinan kita,hanya sebentuk cincin berharga 50 ringgit je yg dapat sy berikan. doakan hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat🙏🏻 TAG pasangan korang yg susah senang bersama.. lagu ni sbnr nya ost #sabdakekasih nyanyian @daqmie71 😊

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkahwin dengan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin pada tahun 2013, dan pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : 

Be the first to comment on "“Di Awal Perkahwinan Kita, Hanya Sebentuk Cincin Berharga RM50 Saja…” – Aeril Zafrel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*