“Dia Adalah Teman Lelaki Saya” – Alya Iman Dedah Kekasih Baru

Pelakon baharu Alya Iman, 19, tampil mengesahkan foto bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli.

Ketika dihubungi Gempak, Alya menyatakan Ridhwan sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.

“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli.

“Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, pelakon drama Senafas Rindu itu mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mend3dahkan mengenai kisah percintaan mereka.

Malah, kata pemilik nama Nur Alya Iman Azmil dia tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin.

“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.

“Saya akan cuba untuk keep it personal  tentang hubungan saya dengan Ridhwan,” katanya lagi.

Terdahulu, Alya mend4kwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sul1it suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I miss dressing up going to events 😫 And rindu kakak kita senanya 🤪 @blushbysyafiqah #throwback

A post shared by Alya Iman (@alyimn) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Adalah Teman Lelaki Saya” – Alya Iman Dedah Kekasih Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*