Minta Hantaran RM1,000 Sahaja, Gadis Ini Selamba ‘Lamar’ Kucaimars

Penyanyi Kucaimars terkejut apabila menerima mesej peribadi daripada seorang perempuan yang mahu ‘melamarnya’ menjadi kekasih sekaligus suami.

Gadis itu akui menyukai Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi, 22, dan jika bekas bintang Big Stage musim kedua itu mahu memperisterikannya, dia hanya meminta RM1,000 sebagai wang hantaran.

“Nak tanya, awak single lagi ke? Nak jadi boyfriend saya? Sebab saya suka cara awak bercakap macam comel. Saya tak kenal awak lagi jadi tak boleh describe sangat hehe. Sorry tapi kita boleh kenal.

“Saya tak cantik, biasa-biasa je. Gila-gila, cakap banyak, boleh masak, boleh mengaji dan boleh jawa awak..hehe. Low maintenance.

“Insya-Allah tahun depan buat master dan kalau ada jodoh kahwin saya tak kan minta hantaran tinggi-tinggi. RM1,000 is enough.

“Dah oh ya, saya perempuan sebenar ya hahah dan saya tak kisah kalau nanti kita bercinta diam-diam,” tulis perempuan itu.

Kucaimars berkongsi paparan skrin mesej peribadi gadis tersebut di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Kh4yalan itu bagaikan seperti tiada kata hendak diungkap selepas menerima mesej tersebut.

“Satu je nak cakap , awak bagus,” katanya dalam kapsyen entri tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terkejut dengan mesej yang diterimanya itu.

“Tabik spring perempuan macam ni. Jarang jumpa perempuan lamar laki.

“Kita nak confess pun malu.

“Beraninya dia…” komen antara pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Satu je nak cakap , awak bagus 👍🏼😍

A post shared by Kucaimarz (@kucaimars) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Minta Hantaran RM1,000 Sahaja, Gadis Ini Selamba ‘Lamar’ Kucaimars"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*