“Saya Tak Pernah Berkomunikasi Dengan Isterinya” – Alya Ded4h Mesej Perbualan Tular Itu Sebenarnya Daripada…

Pelakon Alya Iman mend3dahkan bahawa dia tidak pernah sekalipun berhubung dengan isteri bekas tunangnya, Penny Salman.

Bahkan, menurut Alya, paparan mesej perbualan di Instagram yang tular kononnya dikirimkannya kepada Penny tersebut sebenarnya adalah daripada suami wanita itu sendiri.

“Dia (bekas tunang) memiliki akses kepada semua akaun media sosial saya.

“Saya akui tidak pernah berkomunikasi dengan isteri dia kerana takut dan malu.

“Mesej Instagram yang ditularkan (14 Februari 2020) sebenarnya telah dihantar oleh bekas tunang saya kepada isterinya menggunakan akaun saya tanpa pengetahuan,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, Penny ada berkongsi kepada umum paparan mesej yang did4kwa dihantar Alya menerusi Instagram.

Mesej tersebut mamaparkan perbualan mereka yang mana Alya dilihat cuba menjelaskan situasi sebenar.

Dalam pada itu, kata Alya, dia akui bekas tunangnya itu ada berhubung dengannya menerusi WhatsApp pada Jun, namun kesemua mesejnya itu tidak dilayan.

“Bekas tunang saya mula menghantar mesej bernada agresif pada Jun, namun saya tidak mengendahkannya kerana beranggapan perkara ini telah selesai.

“Namun, saya masih cuba mendapatkan pasport saya kembali daripada bekas tunang,” katanya.

Terdahulu, Alya terpalit dengan kontroversi apabila seorang isteri ahli perniagaan mend4kwa dirinya menjadi perosak rumah tangga.

Bagaimanapun, Alya kemudian tampil mend3dahkan bahawa dia sebenarnya sudah bertunang dengan ahli perniagaan tersebut.

Bahkan, Alya juga menerima kecaman warganet sehingga dilabel sebagai ‘gold digger’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Berkomunikasi Dengan Isterinya” – Alya Ded4h Mesej Perbualan Tular Itu Sebenarnya Daripada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*