“Orang Yang Saya Nak Sam4n Tu, Mungkin Tiada Duit Pun Nak Bayar…,”- Fatin Afeefa Tak Mahu Susahkan Diri Turun Naik Mahk4mah

Pelakon, Fatin Afeefa menjelaskan ada sebab tersendiri mengapa mengambil pendirian untuk diam setiap kali terpalit dengan tomahan atau fitn4h melibatkan dirinya di media sosial.

Menurut Fatin, dia lebih selesa memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi berbanding berkongsi kisah hidupnya bersama orang luar.

“Pada saya, tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun mengenai hidup saya, khasnya hal peribadi. Lagi pun, itu sahaja privasi yang saya ada ketika. Hanya itu yang boleh saya simpan.

“Kalau saya keluar pun, ‘life’ saya seolah-olah sudah tiada privasi lagi. Kadang-kadang ketika saya tengah makan pun ada orang ambil gambar dan sebagainya. Kalau ikutkan saya tak suka pun untuk keluar.

“Most of the time saya hanya ada dekat rumah sahaja. Bagaimanapun, saya perasan bila kurang berkongsi mengenai kehidupan peribadi, saya lebih gembira sebenarnya.

“Jadi, orang tak boleh nak mengata benda yang mereka tak tahu. I learn it hard way dan biarlah orang nak kata apa sekali pun.

“Kalau orang nak kata satu campur satu bersamaan dengan lima sekalipun, saya akan okay sahaja. Enjoy!,” katanya jujur.

Pelakon drama The Gadis itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Havaianas Flagship Store di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak bercadang untuk membawa segala d4kwaan melampau yang diterima ke muka pengadilan.

Ini kerana bagi Fatin, perkara seperti ini hanya akan menyulitkan dirinya di kemudian hari.

“Entahlah saya tak pasti… sebab pada saya what comes around goes around. Jadi, apa yang mereka cakap atau sakitkan hati saya misalnya, satu hari nanti akan berbalik juga pada mereka.

“Jadi, saya tak perlu nak penat-penatkan diri untuk naik turun m4hkamah. Malah kena keluar duit lagi. Nak buka k3sje dah RM5,000 rasanya.

“Bukan nak jadi kurang ajar, akan tapi kebanyakan orang yang saya nak saman tu, kemungkinan tiada duit nak bayar. So, itu dah membazir waktu dan saya jadi banyak kerja pula.

“Jadi, lebih baik saya ‘lantak je’ mereka nak kata apa sekali pun. Nanti penat, mereka diam sajalah,” jelasnya.

Fatin juga akui tidak akan memadam reaksi atau kritikan melampau netizen di media sosial miliknya.

“Saya tidak akan padam sebab selalunya saya akan sekat sahaja akaun tersebut. Sayatak mahu ada aura negatif. Bukan kerana takut,tapi kenapa pula saya perlu melayan karenah mereka yang entah apa-apa?

“Kalau anda rasa tak suka, mudah sahaja. Jangan jadi psiko, hanya ‘block’ saja saya. Jangan tengok dan jangan komen apa-apa pun,” akhirinya.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia.

Keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu.

Terdahulu, Fatin kini merupakan duta rasmi bagi jenama selipar flip flop ikonik Brazil, Havaianas bersama Nelydia Senrose.

Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka bertempat di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Orang Yang Saya Nak Sam4n Tu, Mungkin Tiada Duit Pun Nak Bayar…,”- Fatin Afeefa Tak Mahu Susahkan Diri Turun Naik Mahk4mah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*