Finalis Imam Muda Cer4ikan Isteri Lepas Nikah Wanita Lain Di Songkhla

Nampaknya, timbul lagi kontroversi rumah tangga melibatkan peserta program realiti d4kwah iaitu finalis program Imam Muda Syed Mohd Faris yang mencer4ikan isteri yang dinikahinya 12 tahun yang lalu selepas berkahwin dengan wanita lain.

Imam Muda Syed Mohd Faris, 34 tahun, juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014, mencer4ikan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Memetik Harian Metro, Hidayu memaklumkan dia telah diceraikan dengan talak satu di m4hkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu, dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Hidayu mend4kwa dia telah dikasari oleh madunya selepas suaminya dikatakan bakal mencer4ikan salah seorang daripada mereka. Ujarnya, ketika itu dia baru habis berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

surauannurtamanpuchongintan Instagram posts (photos and videos ...

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu ber4ng apabila suami memaklumkan dia mungkin akan mencer4ikan salah seorang daripada kami.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mend4kwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya.

Nur Hidayu berkata, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya. Menurutnya, dia memang mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi d4kwah di Sarawak pada 2018 yang turut disertai suaminya.

“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.

Katanya lagi, suaminya memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah. Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.

Kata Hidayu, sebelum ini Imam Muda tersebut pernah meluahkan hasratnya untuk berkahwin lagi namun diminta untuk berfikir kerana mereka mempunyai anak-anak.

Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan keinginannya itu untuk berkahwin lagi dan mend4kwa wanita lain boleh melayannya lebih hebat daripada dirinya.

“Sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.

Difahamkan, Imam Muda Syed Mohd Faris dan Nur Hidayu dikurniakan lima cahaya mata berusia lingkungan 12 hingga lapan bulan. Sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami keguguran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Finalis Imam Muda Cer4ikan Isteri Lepas Nikah Wanita Lain Di Songkhla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*