“Dia Kata Wanita Itu Boleh Melayannya Lebih Hebat Daripada Saya” – Isteri Finalis Imam Muda Dicer4ikan

Bekas isteri finalis Imam Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan, iaitu Nur Hidayu Rosly mend4kwa dicer4ikan suaminya kerana mahu berkahwin dengan wanita lain.

Nur Hidayu mend4kwa, sebelum mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut suaminya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Bagaimanapun Nur Hidayu meminta Syed Mohd Faris supaya berfikir mengenai anak-anak, tetapi suami tetap mahu meneruskan hasrat tersebut termasuk mend4kwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat daripada Nur Hidayu.

“Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami,” katanya.

Finalis Imam Muda ceraikan isteri selepas nikah wanita lain ...

Nur Hidayu berkata, suaminya hanya memaklumkan dia sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Nur Hidayu turut mend4kwa dikasari isteri baru suaminya itu selepas suaminya bercadang untuk mencer4ikan salah seorang daripada mereka.

Menceritakan kejadian tersebut, Nur Hidayu berkata, ketika itu dia baru habis berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan mencer4ikan salah seorang daripada kami.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mend4kwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya.

Nur Hidayu berkata, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya.

“Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya,” katanya.

Menurut Nur Hidayu, dia mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi d4kwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.

Finalis Imam Muda Ceraikan Isteri Lepas Nikah Wanita Lain Di Songkhla

“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.

Sebelum itu dia juga mengesan perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat termasuk tidak pulang ke rumah langsung.

Syed Mohd Faris Syed Roslan, yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu mencer4ikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Sementara Nur Hidayu diceraikan dengan talak satu di m4hkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.

Hasil perkahwinan dengan Syed Mohd Faris mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Malah, sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami kegvguran.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Kata Wanita Itu Boleh Melayannya Lebih Hebat Daripada Saya” – Isteri Finalis Imam Muda Dicer4ikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*