“Saya Tidaklah Popular Mana Pun” – Hun Haqeem Bersyukur Semakin Dikenali

Nama pelakon baru, Hun Haqeem semakin mencuri tumpuan ramai terutamanya peminat bidang seni tempatan.

Menjadi antara bakat baru yang semakin menyerlah, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 22, tidak merasakan dirinya sudah popular.

“Nak cakap diri saya popular, saya rasa tidaklah popular mana pun. Apa yang saya rasakan ketika ini adalah saya sangat bersyukur kerana nama saya semakin dikenali.

“Masih banyak lagi perkara yang perlu saya belajar dan saya harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri saya dalam bidang lakonan ini,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peace is the ultimate goal

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on

Bersedia untuk terus sibuk dalam lapangan seni, usia Hun yang masih muda mendorongnya untuk berlari mengejar impian.

“Saya dah bersedia untuk terus sibuk sepanjang tahun ini. Begitulah aturannya jika mahu membina kerjaya dalam industri seni.

“Saya percaya dengan usaha… Tanpa usaha, doa semata-mata pun tak akan jadi apa. Saya masih muda, jadi tiada masalah untuk terus sibuk mengejar cita-cita,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Hun kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Kampung People musim kedua.

Hun juga bakal terlibat dalam satu program menarik yang akan did3dahkan tidak lama lagi!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Tidaklah Popular Mana Pun” – Hun Haqeem Bersyukur Semakin Dikenali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*