Dapur Rumah Terb4kar, Zizie Izette Puji Anak Angkat

Pelakon Datin Seri Zizie Izette bersyukur kerana dapurnya yang terb4kar dapat diselamatkan selepas anak angkatnya, Aaric Zayn segera memaklumkan kepadanya.

Menurut Zizie, Aaric yang baru berusia dua tahun itu berlari kepadanya memberitahu kejadian cem4s terbabit.

“Our hero, Aaric Zayn. Kalau dia tak berlari naik atas beritahu dapur terb4kar memang tak beraya kami hari ni (semalam),” katanya.

Zizie mend3dahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, Zizie memuat naik video merakamkan Aaric yang cuba menceritakan apa yang berlaku.

Tambah Zizie, kejadian itu berpunca daripada kecuaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk menutup api dapur gas.

“Kecuaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas.

“Syukur Alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku,” katanya lagi.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia tujuh bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dapur Rumah Terb4kar, Zizie Izette Puji Anak Angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*